BEN ASHAARI

Friday, December 31, 2010

KACANG PANJANG GORENG TAUCHO.

P1240792
Masakan seterusnya, waa, macam laju jee bunyi... satu resipi yang senang lah sangat, sesuai ni kalau masa2 kurang sihat, sedap dimakan bersama bubur nasi, atau nasi yang dimasak lembek2 sikit..aduhh, memang ngam, tapi tu mat gebunya style laaah, orang lain kita tak boleh kata apa, sebab tekak masing2 kan berbeza citarasa. Masakan macam ni kan abah mat suka. Kadang2 masak yang mudah2 lebih menyelerakan. Macam abah mat dia tak makan pedas, kita pun faham arwah nenek (belah abah) memang masak tak pedas, jadi dah terbiasa tu yang tak tahan. Macam mat gebu ni kira dah "hybrid" nya manusia, banyak campur..tu pasal pedas pun aku sapu jeee...tak pedas kita ulam cili padi, kasi berapi.....ada brann?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 tangkai kacang panjang, kerat saiz 1+ inci, cuci dan toskan
1 keping tauhu, didadu, kalau lembut, goreng sikit
3/4 camca besar taucho
1/2 camca besar sos tiram
Secubit gula
1/4 cawan air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak bijan. Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang panjang dan tauhu, kecilkan api dan masak hingga kacang lembut. Masukkan secubit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat atau bubur nasi...

11 comments:

nur said...

salam pagi jumaat CMG...
sedapnye kacang panjang goreng taucho...bak semangkok...

Mat Gebu said...

@ nur - haha boleh2..ada lagi tu, sedap ni makan dengan bubur nasi..

aida mn said...

salam cik mat,
mak aii sodapnye kacang goreng tauchu.. Taucu maucu faberet akak.. apa-apa seangkatan dengannya sume suke..masak dgn kacang pulak tu aiyaaa... nak masak arr ari ni..tapi sure tak sesodap air tangan cik mat sendirik...hehe

akuanakpahang said...

Salam CMG - Musim hujan nie apapun best tapi kena makan panas2 le kan :)
New Entry "Aku bukan orang Politik :)"

azlina aziz said...

Memang tak dinafikan kesedapannya. Semalam baru buat bihun goreng taucu. Lepas ni nak cari kacang panjang dan tauhu plak la sebab kalau Cik Mat tak publish, memang tak ingat dah resepi turun temurun ni ;p

zaMir said...

nnt cuba buat ikan keli goreng taucho..msti sedap punya...saya dah pnah rase...

Mas said...

sedapnya masak kacang ngan tauhu mcm ni....terliur ni CMG.....kena cari kacang ngan tauhu......nak wat nnti....

Fiza Amran said...

cik mat.. apa kacang pun kalau CMG yang masak mesti menjadi punya

CekWa said...

Selamat bercuti CMG. makan nasi bertambah tengok masakan ni.

Mat Gebu said...

@ aida - salam kak aida..waahh sama eks. tu lah arwah nenek saya pun sejak muda dia suka sgt taucho.

@ AAP - setuju dengan kata tuan itu.

@ azlina - erkk..hehe, tapi kan jenis taucho pun beri rasa yang lain kan..

@ zamir - wahh good idea tu, insya allahh..akan dicuba nanti.

@ mas - betul2, saya suka makan dengan bubur nasi..

@ fiza amran - hehe..terima kasih, alah masak biasa2 saja :-)

@ cekwa - selamat bercuti juga utk cekwa..

kacang_panjang said...

alamak...aku kne goreng la plak...hehehe

kacangpanjang sngt sedap..sy suke mkn kcgpnjg...hihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.