BEN ASHAARI

Sunday, November 7, 2010

NASI GORENG MARJERIN.

P1230600
Assalammualaikum, salam Ahad, ok N3 cepat ni mat nak letak sarapan pagi tadi yang begitu biasaaa sangat. Maklumlah kan selagi boleh, jangan membazir, manfaatkan selagi ada. Nasi sejuk semalam berbaki dalam 3 cawan macam tu, masih elok. Jadi pagi tadi kita pun goreng sajalah, guna bahan2 yang sedia ada. Kalau masak nasi, dan letak daun pandan, nasi lambat sedikit basi, tapi ini bergantung pada jenis beras juga. Mesti ada yang kata, mat gebu ni kan N3 nasi goreng, gambar sampai 2..Erkkk, biasalah, secara jujur selain nak letak gambar nasi, mat juga letak sekali gambar2 set pinggan antik yang hari ni semakin menjadi rebutan, terutama teko dan cawan seperti dalam gambar tu....hehe, jangan marah...nanti cepat tua...

P1230605
Ini nasi goreng ringkas, ada orang kata marjerin agak kurang elok, hmm ntah lah sebab mat sendiri jarang menggunakan marjerin, beli pun dalam bekas kecil saja. Tujuan utama mat letak N3-N3 ringkas ni selain untuk pengisian blog, ialah untuk memberi idea, mat faham setakat nasi goreng apa lah sangat kan, tapi idea tu ada kala agak buntu, mat gebu sendiri kalau malam2 akan ber "blogwalking" ke blog2 lain tak kesah lah blog masak2 atau blog penulisan, kadang2 kita baca N3 mereka pun boleh mendatangkan idea memasak, terutama dalam pemilihan nama masakan yang telah diderhakakan...hehe, akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu....Ehh sebelum tu, anda blogger baru?...Ok, Ben ada buat segmen "suai kenal blogger"..untuk lebih lanjut, klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/3 cawan ikan bilis, dibelah dua, cuci bersih, toskan dan goreng garing
1 1/2 camca besar marjerin (Planta)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji telur, dikacau sedikit
7-8 biji cili padi merah, dititik
3 tangkai kacang botol, cuci, lap kering dan hiris
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan marjerin hingga cair. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi, tumis hingga bawang layu. Masukkan kacang botol dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa.
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masuk telur dan kacau hingga menjadi "scramble egg". Gaul rata dan masuk serbuk lada hitam. Tambah ikan bilis goreng dan juga nasi, gaul hingga rata. Gunakan api sederhana.
  3. Masak sekejap hingga nasi kelihatan agak sedikit garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api, alihkan dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan untuk sarapan..

12 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

mst best ni..kalau dpt mkn dgn smbl belacan dan ikan goreng,mmg terangkatla abg mat kan.. wlpn nmpk simple tapi mst sedap nih..

Myra said...

perut saya berbunyi.....~

Sari Yusa Ibrahim said...

nasi goreng tetap menjadi pujaan tekakku cik mat... hehehe

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

nak juga! lapar...baru aje makan chicken rice tdi...heheh!

mush said...

hui sedapnye,ringkas tpi menyelerakan..

Eh..jemput mat singgah kt blog saya mkn jemput2 jagung manis dari cameron highlands..

ngOmel, ngumpat & mengata: Sarapan apa pagi ni..

LugieAmir said...

ERRMMM sedaaap...k.lugie pon ada bwat nasik goreng ari ni..tapi biasa2 jerr... err CM..jgn marah ya K.lugie enterframa nama CM kt http://lugieamir.blogspot.com/2010/11/suai-kenal-blogger-anda-berminat.html

.s.o.f.i.a. said...

tetiba rasa lapaq!!!!!!!

Izamir Ridzwan said...

wau.. malam kang saya cuba!

ila haron said...

nak nangis bila tgk mat gebu komen kat blog saya..hahahahha...
hmmm nampak sedap nasi goreng tu....nyum3.....

nur said...

lapar ni.. nanti esok boleh terai utk leftover nasik
ALL IN ONE

aishah said...

salam cik mat...

sdpya nasi greng tu...bertambah selera tgk bla duk bersama set teko yg cantik tu...huhu mana nk cari teko tu ...cantik dn menarik..cik mat ni semuanya ada...buat org jeles je...kih2..gurau je

Mat Gebu said...

aishah...
Teko tu kan saya tunggu hampir setahun nak dapat..kata orang teko tu "rare" susah nak jumpak laa ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.