BEN ASHAARI

Saturday, October 2, 2010

KARI AYAM HIJAU THAI

Kari Ayam Hijau Thai
Salam semua. Hari ni masa mat bersiap nak belanja barang dapur di Tesco Kulai, kurang lebih jam 8.50 pagi, mat terima panggilan dari sepupu mat, mereka nak datang. Jadi, ok lah, cepat2 pi beli barang dapur dan segala macam benda nak masak. Nasib baik Tesco pepagi kosong, dengan pantas dan cepatnya, mat gebu bershopping tak hengat, cuma bahagian barang dapur dan ikan, kena lah lama sikit, biar lambat memilih asal jangan menyesal di kemudian hari. Untuk menjamu tetamu hari ni mat masak kari ayam hijau thai, telur goreng cencaluk, sambal buah kuini, bok choy goreng dan juga ulam jeruk petai....itu kira terpantas lah mat boleh sediakan, masak jam 11 pagi, dan dalam 12.20 macam tu dah siap...Satu pesan orang2 tua yang mat selalu pegang, apa2 pun dalam penyediaan makanan, nasi harus kita masak dahulu. Pada sepupu mat, Kak Shima, Abang Dollah, anak dan cucu serta bonda sedaraku Engku Chik, mohon maaf jika terkurang layan dan hidangan ala kadar.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
1 biji terung biru
1 biji kecil red capsicum
1 biji kecil green capsicum
2 biji tomato, belah empat setiap 1 biji
1 genggam daun selasih @ sweet thai basil
4 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
Pes kari hijau Thai - resipi disini...
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 dan kerat sederhana besar, rendam. Red dan green capsicum, dibelah 4, buang biji dan hiris kasar, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak, tumis pes kari hijau thai hingga harum, masukkan serai titik dan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit. Tuang santan cair, masukkan daun limau purut dan masak hingga ayam empuk.
  3. Tuang pati santan, masukkan red dan green capsicun serta terung (toskan). kacau dan masak hingga sayur sedikit layu. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukka jus limau nipis, daun selasih tadi dan tomato belah. Biar mendidih sebentar, rasa dan jika ok boleh matikan api.

7 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam aidilfitri cikmat...
sedap nampak kari hijau tu...ari tu pernah tgk..nih dah tgk lagi...tak buat2...bahan tak lengkap mmg mood nak buat pon lari cam ribut...

Mat Gebu said...

salam aishah...
Tak pe, bila2 ada boleh try, buat lebih2, lepas tu kan tumis sampai terbit minyak. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk, nak lama bekukan..

IKRAM said...

Salam mat, wah, memang byk resipi masakan disini, lepas ni boleh la saya tnjukkan kat mak saya blog mat gebu ni :) hehe

inachomel said...

Salam MG,

Bole beri tips tak rasa kari hijau thai macam mana? Ada rasa lemak masam2 pedas. Nie nak try masak esok ni, pes kari ni pun dah siap buat semalam, tunggu masa yang sesuei jer nak menumis ....teruja betul, dari minggu lepas lagi ngidam nak masak!

Wahida Ibrahim (Galeri Wahida) said...

ohh..ni resepi masakan yang import dari thai ek mat gebu?

elly_xoxo said...

salam MG,
telur goreng cencaluk tu xde resepi ke? mcm best je? hehehe.. :)

Yatie said...

Salam En.Mat Gebu..mohon izin tumpang resepi..tq untuk resepi yang best ni..