BEN ASHAARI

Thursday, August 26, 2010

DAGING TOMATO PANDAN

Daging Tomato Pandan
Sangap dah ni..aduhh kelip mata ternampak tilam empuk, bantal gebu dan kenyamanan aircon..erkk..rupanya sekadar mimpi...N3 kuih raya esok2 eks, tak larat nak merangkak ambik gambar. Ini lauk semalam, tapi ni ari baru letak. Daging ni mat masak terburu2 untuk dimakan bersama nasi mentega semalam tu. Nak type resipi pun macam malasss nihh, erkk, tapi demi blog masak2 ku, tetap ku merajinkan diri..bayangkan kalau blog yang memerlukan anda menaip setiap masa....mau kurus jari2 semua..hehe...Ok jommm....layannn!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  2. Tuang air, gaul dan biar mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.

7 comments:

Aishamirafiq said...

Mat... first time dgr nama lauk nie.. Mesti nak try

dayang_jack said...

salam mat,

mengancamlah menu ni...nak cuba buat. nk cnp dulu. halalkan yer, mat.

ain said...

akak pun nak try, nmpak mengancam!!

Sis-Lin said...

ishhhhh...klu ku tahu, lepas berbuka aku masuk blog ko nie..huhuhuhu

adeii x tahan nak menengok..melelehhhh...sedap nya mat..pekat likat dan lazattt..:)

Hariz said...

Daging Tomato pandan? cam pelik je.. ekekek

New Entry ProfHariz
Aida Rahim dan Joe Radzwill sah bercerai

Ummi said...

Waaaahhh sedapnya...Mat, kalau masak daging rusa camni sedap x? Hehee..kita dah ratah daging rusa masak kunyit td...daging RUSA okaayyy, BUKAN RABBIT...hehee, ada pahaaamm...

ohoeya858.blogspot.com said...

alaaa.. alaaa.. C'Mat.. berkenaan pandan je 2 ari ni.. bbrape ari ni suker yg wangi2 eaaa.. hati sedang berbunga-bunga kaaa..
soweyyy.. jgn mara haaa..
yup! daging ni npk sedappp bangettt!!