BEN ASHAARI

Tuesday, June 22, 2010

GARDEN SALAD WITH HONEY MUSTARD DRESSING.

Garden Salad With Honey Mustard Dressing
Salam Selasa semua, hari ni kita makan salad dengan nasi tomato berayam..tu resipi akan muncul dalam N3 lain nanti. Sebenarnya kan, mat buat sebab masa pi CH hari tu aku ni pi gatai2 rembat capsicum traffic light sampai 2 kg!!, biasa lah tak bley tahan godaan...tapi dah bagi2 kat jiran dan abg mat, tinggal lah tak berapa banyak. Excelikan resipi salad ni mat main belasah buat je, tapi rasa dia macam tersedap pulak...adehh, tiba2 termasuk bakul dan terangkat sendiri.. Kuantiti sayur2 tu mat main agak2 jee... Jadi kalau nak buat pun agak2 je lah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok "butterhead lettuce", contoh disini...
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
7 biji tomato ceri merah, belah 2 setiap biji
7 biji tomato ceri kuning, belah 2 setiap biji
1 biji bawang besar, hiris halus
1/2 camca besar minyak zaitun

BAHAN DRESSSING:-)
1/4 cawan xtra virgin olive oil*
1 camca besar english mustard*, contoh disini...
1 biji lemon perah jusnya*
1 camca besar madu*
Sedikit serbuk lada hitam*
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DRESSING :- Satukan bahan2 bertanda (*), kacau dengan whisk hingga mengemulsi dan sekata. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (jangan letak garam banyak sangat, letak sikit dulu, lepas tu rasa, jika perlu baru tambah lagi). Ketepikan sebentar.
  2. Capsicum dicuci, buang biji, lap kering dan lumur dengan 1/2 camca besar minyak zaitun. Bungkus dengan aluminium foil dan panggang dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Buang kulit capsicum tadi kemudian hiris sederhana kasar.
  3. Butterhead lettuce tadi dicuci satu demi satu, dan biarkan tos hingga betul2 kering (seeloknya buat awal2). Kalau besar potong 2 dan masukkan dalam bekas bersama capsicum, tomato dan bawang hiris. Tuang dressing tadi dan gaul rata2. Hidangkan.

6 comments:

ummu_hanis said...

ahaksss...
akak tak reti makan butterhead..

Mat Gebu said...

salam ummu..
Cikgu, kalau tak reti, cikgu belasah je kobis cina atau kobis daun..pun sedap.

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..sesekali makan salad ni memang sedap..kalo saya lepas dah campurkan sayur2 tu tuang terus sos thousand island..org terlebih rajin..

Mat Gebu said...

salam siti indrawati...
Pstt nak bagi tau rahsia...kita serupa saja tak byk beza..cuma yg ni kan nak interprem dalam blog, jadi buat2lah macam rajin..hehe, dediam ek..

Ummi said...

Ya laaa..orang ada tanah kebun..ada garden, kita ni ada simen jek depan belakang...mana nak kutip daun wat salad...ni kalau letak daun selom, pucuk ubi, pegaga berbagai ok tak Mat..hehee

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Uikk, akak nihh, kita nya garden 1001 macam tumbuhan ada, paling subur, ialahhh..rumput arnab...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.