BEN ASHAARI

Sunday, May 16, 2010

AYAM SAMBAL TOMATO

Ayam Sambal Tomato
Salam semua...amboi melepak depan TV nampak...Ok N3 terakhir malam ni nak share masakan siang tadi..lauk biasa2 jee, mudah dan senang. Bayangkan ayam tu dah perap dengan rempah, rebus kasi air2 rempah tu kering, sejukkan dan goreng, lepas tu buat sambal tomato, koo lambakkan atas ayam, perah jus limau nipis dan boleh lah santap, senang kan...sapa kata susahh..malam ni malas nak bebel banyak, jomm kita terus tengok resipi, ok nak sedap perap semalaman yea ayam tu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, kerat 4 bahagian
2 batang serai, hiris halus*
2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1/2 camca besar kicap pekat*
1 camca besar madu*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN SAMBAL TOMATO :-)
4 biji cili merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato*
1/2 inci belacan*(*tumbuk hancur, tapi jangan halus sangat)
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu, ketepikan. Bahan2 kisar tadi ditambah garam secukup rasa, kemudian masukkan ayam, gaul dan perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Ayam tadi dimasukkan ke dalam kuali dan masak hingga air2nya kering. Sejukkan dan goreng terendam hingga kuning keemasan dan bahagian luarnya garing. Angkat dan toskan atas paper towel.
  3. UNTUK SAMBAL :- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hancur, tambah garam secukup rasa (letak sikit je) dan juga sedikit gula. Masak hingga garing sambil dikacau selalu. Akhir sekali masukkan jus limau nipis secukupkan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Kepingan ayam tadi dipotong 3 bahagian atau ikut suka, susun dalam pinggan dan curahkan sambal atasnya, hias dengan hirisan limau nipis...Hidangkan bersama nasi putih..

11 comments:

Zool Blogger said...

Selere je tgk...

Zool Ligakampung

tOm said...

tahniah sekali lg kerana berjaya membuat daku terliur..
~~hehe.. ^.^

ima said...

salam cik mat...best jugak akak tengok ayam ni...

ain said...

tak tahan bila baca 'perah jus limau' atas ayam tu!! ngences jadinya!!

Ummi said...

Mat, mmg akak melepak dpn tv smlm, tp bkn tgk tv, sembang dgn hb n anak2 diterangi bawah cahaya lilin, huhuu...bengang tul, igt nak update entry, tup-tup elektrik xda dari jam 8.00 mlm - 10.30 mlm kooo, byk tempat gak bergelap...nsb baik x panas sgt sbb petang tu ujan lebat, xpun mau lepak2 ala tepi pantai mcm awekss Tioman...wakakaa..pastu dh ada elektrik lewat dah, x kuasa nak online dah..tdo awal kita...hahahaha

indahhouse said...

salam cik mat,
ayam tomato ni lain dari biasa. Gud idea....kalu ayam diperap, mesti sedap rasanya. :)

kak ina kl said...

wah mat..dah msk cik hijau kat sini ek..madu 2 pulak tu..

lelayong said...

Cik Mat:
Sorry lari tajuk plak ni, lela nak tanyalah, kalau kiter masak daging guna pressure cooker kenapa rasa daging tu cam tak sesedap kita masak atas dapur tu erk? Lela perasan bila masak guna pressure cooker, serious ras tekak ni cam tak leh nak telan jerk..lain macam rasa daging tu, daging tak manis cam kiter masak atas dapur, lembut memanglah lembut, tapi tahap kesedapan daging tu rasa cam kureng jerk. Jawab jgn tak jawab, hehehehehe..sorry cik mat, adik loyang ko tumpang tanyer ni, konfius jap..huhuhuhuhu...

Mama Miraki said...

Mat..napelah setiap gamabr yang mat letak dalam blog ni mengecurkan air liur .....suka laaaa tengok cara mat hidang tu...terus berselera kan..

WanYgBest said...

wow...lazatttt....

Mat Gebu said...

salam zool blogger...
Hehehe, tgk je dah selera yeaa..ganas jugak koo nihh...

salam tom...
kah kah kahh..adehh tahniah mu sungguh bermakna bagi ku...

salam ima...
Sedap dan senang kak, siap kan ayam awal2 pun ok, then sejukkan dalam peti sejuk..pastu goreng jee.

salam ain...
Laa ingat saya sorang je yg meleleh air liur..akak pun sama..hahaha..

salam kak ummi...
laaaa tak de letrik kee...ishh sapa lah yg lupa mandi tu sampai letrik leh terputus bekalan...

salam indahhouse...
yeaa betulll...setuju..setuju...

salam kak ina KL...
hehehehe, pasal madu tu i no comment kak ina...

salam lela...
Uikk yee kee, sah2 tekok ko ni very "halus", tapi mmg lah dia ada rasa sedikit berbeza. maklumlah masak paksa...tapi kalau ada masa boleh juga rebus lama, 2-3 malam, nak sedap guna daput kayu..hahaha.

salam mamamiraki...
Terima kasih, alaaahh pic2 biasa je, saya kan jurufoto amatur, tak reti sgt bab2 ni, aku main belasah jeee..

salam wanygbest...
Hehehehe....terima kasih....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.