BEN ASHAARI

Saturday, April 17, 2010

MEE SANGGUL GORENG PEDAS

Mee Sanggul Goreng Pedas
Assalammualaikum dan salam Sabtu untuk semua, rasa2nya kalau hari2 macam ni mesti ramai yang pi outing ke mana2.. Tapi masa sekarang ni nak keluar pun malas kecuali ada pekara yang harus dibereskan. Hari ni mat tak masak tengah hari, aku cuti koo gantung periuk belanga semua, tapi pagi tadi masak lah juga sarapan merangkap makan tengah hari sekali. Resipi hari ni kalau nak ikut kan tak de lah istimewa mana, biasa2 jee, semua orang boleh buat. Mat saja je nak share kot2 lahh boleh mendatangkan idea. U all dah buat ke N3 khas pasal "Segmen Geledah Dapur" oleh Ben Ashaari tu?...Ishh cepat buat, bagus segmen tu...rugi kalau tak ambik kesempatan ni...serius ni waa cakap sama luuu.....

Mee Sanggul Goreng Pedas
Ok lepas merepek2 kat atas tu, jom kita tengok yang mat masak ni, excelikan mee sanggul yang mat guna dalam resipi lepas masih berbaki 2 keping, jadi mat habis kan jelah untuk buat mee goreng ni. Pasal bahan2 rencah tu, ikut suka nak letak apa, sotong, udang, ayam atau udang semua boleh, nak masukkan semua jenis pun boleh. Resipi amat mudah sekali, main2 lebur dan tumis saja..tak banyak karenah...laaa mesti tak percaya kan..jom tengok resipi dia yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping mee sanggul (boleh lihat contoh disini....), celur hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu
100 g daging batang pinang, hiris nipis
12 ekor udang sederhana besar, kupas kulit, buang urat, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*(*tumbuk lumat)
1 mangkuk tauge, buang ekor, cuci dan toskan
1 pokok sawi hijau, asing daun dan batang, cuci, kerat2 dan toskan
1 kiub ayam "maggi"
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
4 biji cili padi, cincang halus (optional)
Kicap cair secukupnya
1/2 cawan air
1 biji telur, dikocok sedikit
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Hirisan timun, untuk hiasan (tak letak sebab tak de)
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih yang ditumbuk lumat tadi, masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan cili padi, tumis hingga harum, masukkan daging, kacau dan tuang air. Masak hingga daging empuk, masukkan ayam dan udang, kacau rata.
  2. Tolak bahan tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar ianya sedikit mengeras dan kacau. Masukkan batang sawi, kiub pati ayam dan kacau rata. Tambah sedikit kicap cair dan masukkan mee tadi, gaul rata. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan daun sawi dan taugeh, gaul rata hingga mesra dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi kicap cair. Masak 1 - 2 minit lagi, Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Hias dengan bahan untuk hiasan sebelum dihidangkan segera..... Selamat mencuba untuk semua....

4 comments:

umialya said...

salam mat..
Mee sanggul dah ada dah.. kena buat ni!

nak suh mat antar semangkukpun x penah sampai kesini.buat je le.. hehe

Syue Mustafa said...

Nampak macam sedap. Kalau ganti dgn mee kuning @ maggi pun ok jugak kan?

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, cik Mat.. kalu kat umah ada mee sanggul macam ni, memang leburlah dietku....

Mat Gebu said...

salam umialya...
Waaa, dah ada stok, apa lagi mulakan projekkk..hehehe..

salam syue mustafa...
kalau ganti dgn mee kuning pun ok, tapi kalau dengan maggi lagi okeyy..

salam sariyusa...
Hahahaha, yg tu kes parah kan...resipi keluar, diet lebur..last2 akuuuu juga yg salah..hahahaha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.