BEN ASHAARI

Thursday, December 10, 2009

AYAM MASAK HALIA BERKUAH

Ayam Masak Halia Berkuah
Salam sekali lagi, baki ayam kampung tu mat masak satu lagi resipi mudah, yelah kan rendang pedas tu kalau budak2 makan, ada kang masing2 mulut semua melopong, pastu menelan air batu sehendak2 tidak... Kalau resipi yang ni tak pedas cuma berangin sikit2 jeee....Sepatutnya tak letak kentang, tapi guna cendawan butang, cuma kali ni mat kehabisan stok cendawan butang, aku belasah je kentang. Sedap leerr guna kentang!!....

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g ayam, dipotong sederhana besar (mat guna ayam kampung lebih masak rendang tu)
4 biji kentang sederhana besar, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
70 g halia muda, dihiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 batang leek, dikerat2
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan kicap cair
2 camca besar sos "lee & perrins"
1 camca besar sos lada hitam
1/2 camca teh minyak bijan
1500 ml air
Garam dan gula (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus halia muda, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan minyak bijan. Tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos "lee & perrins" dan leek. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul dan biar ayam kecut.
  2. Tambah air dan masukkan kicap cair. Biar mendidih dan masak hingga ayam lembut. Masukkan kentang dan terus memasak hingga kentang empuk. Tambah 1/2 camca teh gula dan rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak 1 - 2 minit lagi dan boleh diangkat.
  3. Tabur dengan hirisan daun bawang dan halia muda sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.....

4 comments:

ain said...

terliur...terliur!!!

mamacrocs said...

Cik Mat dah try resepi ni semalam memang sedapppp, makasih bebanyak

rinnchan said...

Haaaiii 2 kali masak resipi ayam kampung kali ni ye Mat. Rendang tu memang mengancam. Silap! hari tu KakRinn tak rendangkan aje puyoh togel KakRinn.

KakRinn pun kalau dengan kentang memang berhantu. Masak yang bersantan, berkuah atau sup kalau sesuai mesti teringat nak bubuh kentang... Masak berhalia bagus utk buang angin...tapi jgn dilepas sembarangan...nanti kena balunnnnn..naya dek oiiii...!!

bersama kak Es said...

hah! menu tahun 2009 menjadi pilihan hatiku ini. tapi takde la pulak kicep lee & perrins tu