TAUHU KUKUS BEBOLA AYAM

Tauhu Bebola Ayam Kukus
Salam untuk semua, dah siap2 untuk berbuka puasa ke?..Hari ni mat masukkan satu resipi mudah dan sihat, ini panas dari kukusan lagi yea, baru sat tadi masak. Kalau nak sedap lagi kukus dekat2 masa nak berbuka, tapi kang kalau buat macam tu, alamatnya tak sempat lah nak tangkap gambar. Mat masak awal sikit untuk memudahkan sessi penggambaran, maklumlah kita guna kamera biasa saja, lainlah DSLR...tul tak....

P1140811
Seingat mat lah resipi ni mirip satu resipi di rancangan masak2 di satu siaran tv singapura (TCS 8, siaran tv cina)..Nampak menarik sangat, jadi mat ubah suailah ikut kesusaian kita umat islam. Kalau ada masak boleh lah mencuba yeaa, tak susah yang penting mesti ada sikit sifat kesabaran dalam diri kita...Ok untuk semua, selamat berbuka puasa yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A" :-)
100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.
  2. Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.
  3. Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......
CATATAN MAT GEBU :- Selepas berbuka tadi mat makan resipi yang mat buat ni, pada tekak ku ini lah kan, daging ayam tu rasa agak "kurang", disyorkan guna daging ayam segar kemudian cincang halus (yg tu jenis kisar, jadi bila makan rasa terlampau "halus"). Dan perlu tambah sedikit garam dalam cara membuat "no. 3", secara keseluruhan tidak mengecewakan ...sekian wassalam...

Post a Comment

20 Comments

  1. Budak Mat ni tau... tak habis habis nyiksa mama la... Tirrrrguda daku melihatkan hidanganmu itewwww...

    ReplyDelete
  2. cik mat guna camera biasa je ke..?? ingatkan selama ni cik mat guna camera canggih sbb gambar nmpak so cantik dn menyelerakan!!!

    ReplyDelete
  3. wahhh.. 1st time tgk menu nih..;) leh cuber nih.. makasih cik mat..:):)

    selamat berpuasa..:)

    ReplyDelete
  4. CMG ada jer idea yg luar biasa! lebihan tauhu yg kena korek tu letak kat mana plak? nampak cam sedap jer...

    ReplyDelete
  5. wow kreatif betol...boleh cuba ni...tak kisah cik mat...klu dlm stok ada daging kisar - daging kisar la gantinya! rasanya ok kan...

    ReplyDelete
  6. mat...ada dlsr pun mat..mcm saya ni tak sempat gak nak ambik gambo..dah tgh2 hias nak buat sesi bergambo..tup2 dah azan!terus tak nampak kamera..ngap terus je la!

    ReplyDelete
  7. Yummy! Yummy!
    Simple aje bila tgk Mat buat... tapi tak tahu la bila saya yg cuba buat ... hehehe

    ReplyDelete
  8. bestnyer resepi ni... salam mat... saya imma... selamat berkenalan... saya nak copy and paste resepi mat kat blog saya yer... minta izin yer...

    ReplyDelete
  9. Wah Mat....tauhu ni kegemaran ank akak tau.....nak buatler. Akak ada gak 1 resepi ala2 mcm ni guna tauhu gak tapi dia sumbat ngan telur puyuh. resepi Mat ni akak kene buat sebelum pi keje, kalau tak tak menjamah. Blkkeje baru kukus. ok tak?

    ReplyDelete
  10. hmm..mmg pon mat, kalo nk wat yg guna daging/ayam kisar, kena guna daging fresh, kalo yg ramly brand tu nnt dia rasa cam burger jer kan.. sll sy beli yg dh siap kisar yg kat giant tu.. (esp daging) kalo nk wat spegeti mmg sedap banding ngan brand ramly tu.. dn yg pasti x de bau burger.. :)

    ReplyDelete
  11. cik mat....sedapnye...dah la atie ni hantu ball n tahu....harus ku cuba ni cik mat

    ReplyDelete
  12. Cik Mat, sungguh mengancam resepi nie.. tapi kalau org malas macam saya, saya beli jer la fishball ker ganti boleh ? he.hehehe..
    Walaupun guna kamera biasa, tapi gambar2nya cantik ya amatz.. saya ingatkan ambik dgn dslr..

    ReplyDelete
  13. cik mat,sy mmg suka masakan gini...alaaa masakan cina gitu..
    kena cuba nii...

    http://www.incomemingguan.com/fazdi/

    ReplyDelete
  14. Weiii laaa..kreatifnya ko Mat..siap korek sana sini lagik! Ko jgn korek mata orang dah laa..hiikss! Mesti ko tgh diet nih..tu pasal menu ni keluar..tp kalu akak buat, lg byk akak makan..sbb mesti best kan.. :D

    ReplyDelete
  15. Amboiii ..tersangat lah creative dan comelnya nya ..macam hidangan kat hotel 5 bintang :)

    ReplyDelete
  16. Mat...terima kasih..da cuba this resipi...Sedap!!! My kids love it!

    ReplyDelete
  17. pehhhh..lain dari yang lain..harus dicuba dehhh..!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.