BEN ASHAARI

Sunday, August 23, 2009

BLACK PEPPER TUNA PUFF

Black Pepper Tuna Puff
As'laikum untuk semua, alhamdulillah selamat lah sudah kita menjalan kan ibadat puasa untuk hari ke - 2. Moga esok dan hari2 mandatang semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa banyak halangan. Hari ni mat masak biasa2 saja untuk berbuka, yelah kan bila dah masuk air saja, rasa benda lain tu macam dah kurang jalan. Untuk itu mat tadi saja2 lah menghabiskan stok ikan tuna yang tinggal 1 tin terkonteng2...Nak buat sandwich macam tak lalu pulak, jadi kita buat lah puff, guna pastry puff segera yang ada dijual dipasaraya2....Senang keje u!!

Black Pepper Tuna Puff
Rasa2nya mat macam dah buat beberapa kali kot resipi ni dan letak kat n3 lepas. Tapi untuk memudahkan, mat tulis lah lagi sekali resipi untuk inti dia. Lagi satu nak khabar, inti tu ikut suka yea, nak letak ala2 inti karipap pun boleh...Lagi satu kan kalau letak inti blueberry atau inti epal, dah jadi pai epal...pendek kata ikut kreativiti memasing....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna dalam tin
2 camca besar mentega
1/2 cawan mix frozen mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
Secubit serbuk buah pala (optional)
Garam dan secubit gula
Sos thousand island secukupnya
10 keping pastry puff (saiz 4 x 4 inci)
1 kuning telur + 1 camca besar susu cair
Serbuk lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum, masukkan tuna (kalau jenis "chunky", hancurkan sikit yeaa), kacau rata dan tuang susu cair, kacau rata.
  2. Masukkan serbuk buah pala, lada hitam tumbuk dan mix vege, kacau rata. Tambah garam secukup rasa (letak sikit je) dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga kering tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  3. Pastri puff dipotong 2, satu dikelar2 (macam dalam gambar) dan satu lagi biar kosong. Sudukan sedikit inti, lebih kurang 1 camca besar, ratakan dan letakkan sos thousand island atas inti tadi. Ambil pastri puff yang berkelar2 tadi dan tutup atas inti tadi, temukan bahagian atas dan bawah, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur pada setiap permukaan puff tadi dan tabur dengan serbuk lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit hingga kuning keemasan (kalau oven yang mempunyai sistem hot fan, boleh "on" kan). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU:- Resipi inti di atas tu boleh dapat "20" ketul "black pepper tuna puff", kalau buat "10" ketul macam mat, inti yang lebih tu boleh lah simpan dalam peti sejuk atau gunakan lah untuk buat benda2 lain ikut kretiviti masing2 yeaa...

11 comments:

Sis-Lin said...

uitt byk jgk tu dpt ye mat...20ketul..lebih dr cukup tu..

Mat Gebu said...

ha ah lin, tapi aku buat 10 ketul jee, inti dia ada tu dok simpan dalam peti ais...

anese said...

cik mat...dah lama tak singgah blog cik mat ni..nak tanya mana mat beli ready made puff tu?mcm senang je dpt. Pi Giant tak jumpa pun...Tesco ada ka?

ain said...

best gak ni. ready puff ada lagi kat freezer tu, boleh try nanti2!!

Nina Suria said...

salam ramadan Ah Mat, boley pinjam semangat rajin mu itu tak?? kakmOn duk titun aje.. malas banget

shaz said...

Cik Mat,
Salam, Minat lah blog Cik Mat ni, Black pepper tuna puff tu amat mengancam, hari ni juga akan di cuba.

kak ina kl said...

salam amg...selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...

nak cuba jugaklah buat puff ni..

Ummi said...

Salam Mat..dah turun berapa inci dah lemak ko? Hehe..waaah makan tuna je ke berbuka, sah2 pasni pinggang seluar ko longgar. Apapun, tuna ko tu nampak sedap..akak pun ada satu tin tuna..puff Kawan tu pun ada. Tp kalu dpt yg ko buat ni lg best!

Morniliza said...

Enchek Mat, setelah sekian lama melawat blog ni almost every day baru ni lah nak bersuara.. Saya nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani Ibadah berpuasa. Harapnya Mat akan terus "berkarya" di blog Dapur tanpa Sempadan ni..I like your blog so much. One of the must visit blog for me. Thanks for generously shared you awesome recipes. They have been my reliable source of reference. Thanks Ya!

Ella said...

salam En Mat.
Selamat berpuasa..
br masuk blog awak hr ni..
Suka sgt puff tu.
mana nk dpt yer ready made puff tu.
leh tunjukkan tak rupa dia? haha

Thanks..

echah_syed said...

cantek kaler dia mat :)