BEN ASHAARI

Tuesday, June 23, 2009

JEM DURIAN

Jem Durian

Salam sejahtera untuk semua..Musiam durian sudah tiba, mana2 pergi melambak orang jual durian, tak kira lah kat kawasan kampung, pekan atau bandaraya. Selain dibuat tempoyak dan makanan manisan yang lain, durian juga sedap dibuat jem. Senang sangat membuatnya, hanya perlu 3-4 bahan je...Durian, gula, daun padan dan sedikit air....Lepas tu boleh lah memulakan operasai....

Jem Durian

Lepas dah siap tu boleh lah simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat si jem tersebut. Rasa2nyakan kalau nak buat kuih tat, ala2 tat nenas tu pun boleh lah..sedap jugak kan..Tapi paling mudah, sapu atas roti jee lahhh, pastu panggang kasi garing....boleh leer hidang untuk sarapan pagi atau minum petang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g isi durian yang telah diasingkan dari bijinya
1 1/2 - 2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air


CARA MEMBUANTA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam kuali, kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api dan terus mengacau tanpa henti selama 20 -25 minit atau hingga jem kelihatan sedikit jernih.
  2. Matikan api dan sudukan sedikit jem ke dalam piring dan ratakan. Bila jem sejuk sentuh dengan jari, jika ia tidak berapa melekat pada hujung jadi, tanda jem dah ok. Boleh masukkan jem ke dalam bekas sesuai dan biarkan sejuk.
  3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat jem. Seperti biasa jem memang manis, kerana gula bertindak sebagai agen pengawet...

12 comments:

Adnazthie said...

Salam En. Mat,
Amboi SODAPnyer, terkecur air liuh ku. Ahad lepas makan durian, tak tahan sampai demam, makannya sikit aje.

zetty said...

adoiii sedap yerrr....teringin plak nk mkn durian....ish...x thn tgk....

Sis-Lin said...

matttt nak cikittttt..huhuhu aku mmg suke mat dgn jem dorian...mak aku tgh malas nk btkan..huwaaaa nmpk lak kt dapo ko ni...

Aishah@Ariffin@Aqil said...

wah duriannnn...

kak ina kl said...

salam cik mat...dulu arwah mil selalu buat...tapi dia panggil lempok..tak pandai nak cakap omputih..

ICook4Fun said...

How I wish I can have the jam durian with my toast now. I am sure it taste great. Tak pernah I tengok jam durian. Mat memang very creative to come up with this :)

ain said...

alahai cik mat...terliur tenguk jem durian tu. lamanya tak mkn.

psst....sama tak ngan lempuk durian??

Min said...

Mat, kalau jem ni lebih kurang lempok, sedap la...I like. Hari tu kita ngajar kat JB, masa nak balik lalu kat simpang Sedenak..dok ckp kat hubby, kat sini la rumah Mat.Kalau pjg umur, kita jumpa ye Mat. (betul kan Sedenak ? )

Raihan Shaari said...

sedapnye jem durian.. tapi nak buatnya kena sabar kan Mat.. mak K.An rajin bab buat jem ni. Buah kat kampung, mangga, rambutan, betik semua boleh jadi jem. K.An je malas sket..hehheh

My Asian Kitchen said...

Mat,nak sedikit durian jam tu!! sedapnya...air liur dah melilih ni!!

pixen said...
This comment has been removed by the author.
pixen said...

ya ampun...enaknyaaaaaaa!!! Kecur air liur ni. Kalau hubby saya, habis ditelan... licin! :-D

Yang tak bestnya, durian kat Eropah ni semua durian thai... setengah masak...yerkk!!! Saya rasakan cuma cara ni shj durian boleh diimport masuk. Kalau tak, pekerja kargo dan penumpang Eropah pengsan! Yg hairan ye...mereka ni benci Durian tapi keju2 mereka spt stilton, rocquerfot, camembert tu, mereka boleh tahan :-D Nasib baik hubby sy tu giler durian... kalau tak, kempunan sy ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.