ROTI KEJU OREGANO

Roti Keju Oregano

Sebelum buat nampak sedap sangattt...lepas dah buat tiba2 tekak tak lalu nak makan, tapi telan juga 2 hirisan....Mungkin tekak masih meragam dek batuk dan selsema, tapi anak2 buah makan laju jee....Sedap lah agaknya kan......

Roti Keju Oregano

Resipi asal dari buku Alex Goh, dia buat roti jadi putih melepak, tulis situ guna mentega, bila mat buat jadi kaler kekuningan (selalunya kalau doh roti jadi putih, kalau guna shortening)...tak kesah lah janji dah buat....ok lah kita tgk bahan2nya yeaa......

BAHAN DOH :-)
320 g tepung roti (high-protein flour)
80 g tepung gandum (plain flour)
20 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver
220 ml susu segar
1 biji telur
30 g mentega

A...
30 g parutan keju cheddar
30 g cincangan kacang badam, dipanggang sedikit
Sedikit herba Oregano kering
Sedikit mentega

B...
3 keping keju chesdale, dikerat 2 setiap kepingan
Oregano kering
Sedikit cincangan badam
1 biji telur, untuk disapu



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Letak dalam bekas, tutup bekas dengan plastik cling dan biar terperap selama 1 jam atau doh menjadi sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi kepada 2 bahagian, uli sekejap dan bulat2 kan, biar 10 minit. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi anggaran ketebalan 1/2 inci. Sapu dengan sedikit mentega, tabur keju, badam dan sedikit oregano kering (guna sebahagian dari bahan "A"). Gulung ketat seperti swissroll. Kerat kepada 3 bahagian sama besar, kelar setiap potongan seperti dalam gambar, alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega. Buat kaedah sama utk satu lagi bahagian. Biar naik sekali ganda lagi (lebih kurang 45 minit).
  3. Sapu kuning telur dan tabur badam (dari bahan "B"). Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit. Keluarkan roti, letak kepingan keju chessdale seperti dalam gambar, tabur oregano kering atas keju tadi dan sambung bakar selama 7 - 8 minit lagi hingga keju mencair. Keluarkan roti dan biar sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari tin

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik je roti ni...cicah cream sup pun sedap ni....

    ReplyDelete
  2. aduh..sedapnyaaa!!nak gi umah cik mat boleh..??

    ReplyDelete
  3. Lama dah mama tak buat roti. Mama ni, kalau dah lama tak buat roti, bila nak buat balik, mesti ada yang koreng menjadi... tu yang ngeri tu... Kalau rumah mama dekat dengan rumah Mat, bolehlah Mat hulurkan baki roti yang tak habis tu. Buat cicah dengan nescafe pun sodap!!!
    Moga Mat cepat sembuh sepenuhnya ya..

    ReplyDelete
  4. selamat pagi abg mat!....abg mat guna bread maker brand aper eekk? ...komuniti sini demam roti nak beli bread maker tapi takut tersalah beli...rekemen skit bang mat...!!!

    your fan,

    ReplyDelete
  5. wah cun ahh roti nh...sakit pon menjadi ler roti cik mat nih...

    ReplyDelete
  6. cantiknya roti oregano Mat tu!! Taman I ada oregano, nanti I pun nak buat roti ini,comel nya!

    ReplyDelete
  7. Mat, cantik roti tu dan semestinya sedap la eh..terliur tgk keju atas roti tu..tp aaahhh..ni semua pembawa kegemukan la pulak..huhuuu

    ReplyDelete
  8. npk sdpppp je roti nie.... rajin la cik mat nie... tiap kali tgk resepi yg ci kmat post, tetibe jek rase rajin nk msk,hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.