IKAN SAMBAL KANTAN

Ikan Sambal Kantan

Tekak ni masih rasa tak tentu hala, tatau nak makan apa yang sedap, hari ni try masak sambal ikan, tapi sambal tu lain dari sambal biasa dan ikan pun mat guna ikan "sebelah"....Betul ke mengikut sejarah ikan sebelah ni terjadi semasa nabi Allah Musa membelah laut dan ikan tu turut terbelah dua?...wallah hualam, kalau sesapa tau boleh lah berkongsi yea....Selain ikan sebelah, ikan bawal pun sedap atau apa2 ikan yang banyak isi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sebelah saiz sederhana (nak guna ikan bawal pun ok)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam serbuk
Sedikit garam
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos ikan (nampla)
1 camca besar gula
1 biji tomato, dicincaang
1 kuntuk bunga kantan, dihiris halus (utk ditabur)
Garam secukup rasa

A(tumbuh halus)...
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 batang serai hiris halus
1 biji bawang besar, potong kecil
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Perap bersama serbuk kunyit, lada hitam tumbuk dan sedikit garam selama 5 minit, kemudian goreng hingga garing. Angkat, toskan minyak dan letak dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan tomato dan kacau hingga tomato layu, tambah sos cili, cili kisar dan gula. Masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Perasankan dengan garam dan gula secukup rasa, tambah jus limau nipis dan gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal tadi atas ikan goreng, ratakan dan tabur hirisan bunga kantan. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Post a Comment

12 Comments

  1. sedap nampak menu nih...
    moga cikmat cepat2 sembuh ya...

    ReplyDelete
  2. COOL!bangun2 tdo bukak blog dah ade menu tok dimasak hari ni..keke thanx mat gebub!

    ReplyDelete
  3. aishah...
    Sedap pada tekak yg kurang sihat nih...hehehe..

    greenieycactus...
    Sama2, harap menepati citarasa u n family yeaa...

    ReplyDelete
  4. mat..klu guna ikan keli pun sodapppp kan agknye...

    ReplyDelete
  5. sis-linn...
    Sedap linn..ikan haruan, keli semua boleh....

    ReplyDelete
  6. cik mat, sedap nie.. musti wangi, sebab ader munge kantan tu kann...

    ReplyDelete
  7. Aymy...
    Memang harumm dan menyegarkan....

    ReplyDelete
  8. Mat, akak mmg selalu jeling je ikan sebelah ni sebab x tau nak masak apa kalau beli, rasa dia pun xtau camne laa..hehe..hubby pun cam tgk pelik jek! Hehee..dia takut kot ikan tu muka sebelah jek! hahaa..

    ReplyDelete
  9. dah sedap semlm pakai ikan kerapu... sedapnyaaaaaaa...

    ReplyDelete
  10. kak ummi...
    ikan sebelah tu sedap lah kak, daging dia firm dan tak halus sangat, just nice..cuma wajah dia menakutkan sikit..tu pasal kita bedah plastik muka ikan...tapi mak kita kata wajah ikan tu ngeri u, mcm berpuaka gitu selepas aku bedah plastikkan....hehehe

    noorcahaya...
    Guna apa2 ikan yg byk daging pun ok...

    ReplyDelete
  11. Wahahaa..jawapan ko mmg buat akak ketawa berdekah2 baca..mmg kelakor ko ni Mat..apapun mmg betuii akak tgk mmg ada sikit ngeri laa..haha..mula2 segan nk cakap..tp ko dah cakap dulu..mmg laa pun..cik abang akak ni nk tgk yang berseri2 je, yg ngeri x main dia..haha

    ReplyDelete
  12. Salam. Maaf atas komen tak di undang ni, tapi berkenaan sejarah ikan tu, kalau tak silap, bukan sebab Nabi Musa belah laut. Kalau tak silap, ikan sebelah tu juga dipanggil sebagai ikan sisa Nabi kerana dikatakan ikan tersebut adalah bekas sisa Baginda s.a.w yang mana dilepaskan kembali ke laut selepas Baginda cubit sedikit isinya untuk mengalas perut. Mungkin dengan izin-Nya ikan tersebut bernyawa dan hidup berketurunan sedemikian sehingga sekarang. Waallua'alam.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.