BEN ASHAARI

Tuesday, January 6, 2009

ROTI PITA

Roti Pita

Selalu beli jee roti pita, sebab malas nak buat. Tapikan hari ni tah macam mana teringin pulak nak mencuba. Buatnya tak delah susah mana, barang2 pun tak banyak yang digunakan.

P1100753

Hasilnya boleh dibanggakan juga, tidak mengecewakan. Kalau ada Bread Maker atau mixer, lagi lahh senang, guna tenaga 4 kerat pun bolehhhh...nanti kan body ada "muscle" u!!.....Resipi dapat dari buku "The World Of Bread" oleh Alex Goh....

BAHAN2 ROTI PITA:-)
250 g tepung roti
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh gula halus
145 ml air
15 g lemak sayur (shortening)

BAHAN ISIAN :-)
Pokok salad
Kepingan tomato
Gegelang bawang
Capsicum, dihiris memanjang
Beberapa helai "chicken ham"
Sos kegemaran (samada, mayonies, thousand island atau sos cili/tomato)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul tepung dengan yis, garam dan gula hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik cling dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk roti pita ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan rehatkan 5 minit. Bagi doh pada 5 bahagian yang sama besar. Bulat2kan setiap bahagian. Ambil satu dan canai nipis lebih kurang 3mm membentuk bulat atau pun bujur.
  3. Alih ke dalam dulang pembakar dan buat hingga siap. Biar ia naik selama 30 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 5 - 6 minit atau hingga roti kelihatan mengelembung. Jangan bakar terlalu lama, nanti roti pecah dan sukar untuk menghasilkan poket
  4. Keluarkan dan dan sejukkan atas jaringan. Roti akan lembut bila sejuk. Kerat dua dan isikan poket roti dengan bahan2 isian. Hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Isian terpulang pada masing2, kalau nak isi hirisan daging ala2 kebab tu pun boleh. Ikut citarasa sendiri lah yeaa...Sekiannn!!!

5 comments:

CT Delima said...

bestnya mat..ct mmg suka roti pita or kebeb ler org panggil kan..letak inti daging cincang kan emmm yummyyyy !! tq mat..ct nak cuba gak ni hehehe

UrbAnWiTch said...

bukan saja pandai masak..gambar pon mmg cun giler! pakai kamera apa MR MAT GEBU? can i know?

SiS-lin said...

wah sedapnye cik mat...ermm terliur sehhh tgk tu...nnti lin dtg leh btkn lin yer...

Ummi said...

Waahhh best nih! Pasni boleh menguli roti pita la pulak nmpaknyaa...aihh naik lg la muscle akak ni...!!

kakpah said...

Terliur betul tengok gambar-gambar mat ni. Bukan je pandai masak, ambek gambar pun power gak.

Kpah ni tingal kat BBBangi. Hari tu cari kat Jusco dan Metro. Kat kedai baking yang kpah selalu pergi tu kpah cari gak tapi tak jumpa.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.