BEN ASHAARI

Friday, January 9, 2009

ONION & ROSEMARY BREAD

Onion & Rosemary Bread

Untuk minum petang hari ni mat buat roti bawang dengan rosemary atau orang putih panggil "Onion And Rosemary Bread". Rosemary tu datang jauh u, "JO" yang diam di Ireland, kirim bersama beberapa barang lain. Terima kasih Jo!!!

Onion & Rosemary Bread

Resipi asal roti ni macam biasa lah, mat ambil dari buku kegemaran yang ditulis oleh Alex Goh. Resipi2 dia selalu tidak menghampakan. Cuma penambahan bread improver/softerner mat lakukan selain dari 100% ikut resipi asal...Rasa roti ni lembut, lemak2 manis dan harumm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
30 g gula halus
8 g garam
2 camca teh instant yeast
250 ml air
3/4 camca teh bread softerner
3/4 camca teh bread improver
25 g mentega@lemak sayur
150 g bawang besar, hiris bulat*
5 g rosemary kering*
2 camca besar minyak zaitun*
1 camca besar mentega*

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur*
2 camca besar susu cair*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*dikacau hingga rata)
1 biji bawang besar, hiris bulat
Rosemary kering
Parsley kering (mat guna herba thyme)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan rosemary. Goreng dengan api sederhana hingga bawang perang keemasan. Alih dalam bekas lain dan biarkan sejuk. Bahan bertanda (*).
  2. Satukan tepung, instant yeast, gula halus, bread improver/softerner dan garam, kacau hingga rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega@lemak sayur, uli hingga lembut. Masukkan bahan no. 1 dan gaul hingga rata. Adunan lembik sedikit.
  3. Alih ke dalam bekas, tutup dengan plastik cling dan biar 1 jam hingga naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk roti ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap.
  4. Keluarkan doh dan bahagi kepada 2 bahagian. Rehatkan 10 minit. Ambil satu bahagian, bentukkan doh memanjang lebih kurang 30 cm. Alih ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat sama untuk doh satu lagi.
  5. Biarkan 45 minit hingga naik. Sapu permukaan doh dengan bancuhan telur (masa ni doh akan turun skit) rata2. Hias dengan gegelang bawang, rosemary dan parsley. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan sebelum dihidang.

4 comments:

Ummi said...

Mat, ko pnya roti ni ishh mengancam sakan tau..Sebab terberkenan dengan Mini Blueberry Loaf ko la akak buat sampai nsb x rentung tau..Akak baru je msuk entry tu..Ko baca lah alkisahnya maka terjadinya roti tu..hehehee..

Mat Gebu said...

kak ummi...
Kak apa kata ko rembat satu BreadMaker...alah konon2 hadiah utk diri sendiri sempena tahun baru...pandai kan i..ahaks!!

jo ayee said...

mat..roti tu anggun hiasannya..cam kat dapur mat salleh..bukan dapur mat gebu

echah_syed said...

sgtlaa cantek cara ko suruh roti tu posing mat.. :p

ko mmg kreatif mengalahkan eric!