BEN ASHAARI

Sunday, January 25, 2009

KERABU SOTONG KERISIK

Kerabu Sotong Kerisik

Kalau ikut kan, sotong memang tak boleh makan, tapikan sebab dah ada, dengan rela hati...aku belasahh aje..nekad u, kalau kejap lagi gatal, makan leer ubat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 biji besar buah kuini yang mengkal
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih saja, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1/2 biji lemon, perah jusnya
2 camca besar kerisik
1 camca teh gula halus
10 - 15 biji cili padi, hiris halus
2 biji tomato, potong kecil
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong, dibersihkan, kelar2 dan potong sederhana besar, cuci dan toskan. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan celur sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Kupas buah kuini, hiris dan potong sederhana besar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bawang, sos ikan, serai, bunga kantan, cili padi, gula, tomato dan kerisik. Kacau rata. Masukkan buah kuini dan sotong, gaul hingga sebati.
  3. Perasakan dengan jus lemon dan sedikit garam, rasa dan tambah apa yang perlu sehingga mendapat rasa seimbang. Hidangkan segera bersama nasi hangat....

3 comments:

Emblem of Purity said...

Wah...resepi ni lain dari yang selalu saya tengok. Terima kasih. Nanti saya cuba :-)

Aishah @ UmmiAqil said...

nih lain dari lain nih...ade masa leh try...

mrsdjones said...

Nampak sedap! Saya nak cuba resepi ni ptg nnt hehe.. Tq Abg Mat :)