BEN ASHAARI

Monday, January 12, 2009

GULAI PUCUK UBI

Gulai Pucul Ubi

Masakan ni atas permintaan....Tapi kan kuah dia sedappp laa, sebab dimasak bersama tulang ikan kurau masin. Masakan orang2 melayu ni selain bahan2 berkualiti, santan, sayur semua kena segar baru lah menyerlah, tapi tu bagi yang duduk di Malaysia laaa, kalau kat negara luar, belasah je lah apa yang ada, janji rupa dan rasa seiring....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
4 - 5 ketul tulang ikan kurau, cuci dan toskan
1 keping asam gelugor
700 ml santan cair
300 ml pati santan
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
4 biji cili merah*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Celur dalam air mendidih hingga pucuk ubi lembut. Toskan dan kerat2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan tulang ikan kurau, pucuk ubi, serai, asam gelugor dan bahan2 kisar. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan kecilkan api.
  3. Tambah pati santan, kacau rata dan masukkan sedikit garam dan gula. Biar mendidih pada api sederhana, kacau sekali sekala. Biarkan mendidih 2 - 3 minit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....

2 comments:

Aymy with love said...

Salam..

rempit sini jap.. adeh cik mat.. pucuk ubi la pulak.. mana pulak nak cari kat padang pasir nie.. pos boleh? wakaka..

luv ur blog.. resepi sume menggoda tekak... kalo sudi, jom rempit umah kite yg tak seberapa tu...

SiS-lin said...

uii jgn lupa nnti poslaju yer tetel masak asam pdas tuh...keh3..kasi beku dulu yer...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.