BEN ASHAARI

Friday, September 12, 2008

UDANG MASAM - MANIS

Udang Masam-Manis

Jangan tatau, kami ada simpan stok udang galah dalam peti ais....Saja je masak untuk anak2 buah, memandangkan pak "ucu" dia tak boleh makan, mat tolong masak dan tolong tengok jee lahh orang lain makan...whaaaa!!!!! sedeyyy!!!...Resipi macam dan letak, tapi tak pelah kita tulis lagi....yang ni lebih ringkas kot..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g udang galah
1 biji bawang besar (yang BESAR), dipotong bulat
2 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 camca besar kicap cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan udang dan kicap cair, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

5 comments:

Qissyda said...

askm,
saya ni masih baru dlm berblog. mohon tunjuk ajar macam abang mat masukkan nama kat gambar tu..

Linda_Shamsul said...

salam cik mat..boleh cuba yg ni pulak..linda mmg suka sgt udang...tapi biasanya mesti masak lemak ciliapi atau sambal..heheh

Shaz Gadafi said...
This comment has been removed by the author.
Intan Rosnitta said...

Salam Mat,

Lepas berbuka nanti ambik award kat rumah ek. Takut x larat nak angkut posa2 ni...kekekek :D

Ummi said...

Mat, ko ni boleh tahan ke tgk je orang makan udang..ish ish..tabik spring betul kat ko..Kalu akak, makan je..garu2 kemudian citer..hiiikss!!