BEN ASHAARI

Wednesday, July 30, 2008

NASI BERIANI KARAM

Nasi Beriani Karam

Hari ni kita masak "nasi beriani karam"....Jangan pulak ingat makan nasi beriani ni, u all karam dilautan madu, atau pastu keluar jambang dan misai lebat ala2 "Karam Singh Walia"....Selisih malaikat 44!!!!... Karam sini sebab nasi ni berlapis2 antara nasi dan lauknya...Ok jom lah kita cuba tengok bahan2nya :-)

BAHAN UTAMA :-)
2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....

6 comments:

MyPeriukBelanga said...

ambuii, dio dok katup rapat2 pintu umah takut den terjah ngan pinggan ler tuh!

dlm diam dio buek hal masak nasi beriani 'karam singh walia'....kahkahkah! ...ampun! *cabuut, tak jadi mintak sepinggan nasik!*

Ummi said...

Wee Mat..ni nasi minyak karam untuk ko ke untuk Karam Singh Walia tuu..Kalu ko pnya nasi minyak nnt letak nasi minyak tenggelam/lemas ke ek..hehehe..

Eh Mat banyaknya nasi tu..ko menjamu ada majlis ke..hehe..ya lah nk wat 2 3 lapisan tu..kena lah byk sikit sedia berasnya ya..xpun dah selapis je..hehe

*Mat nmpak sedapnya laaaa...!! Nyanyi sikit laa..*oo aku tergoda..aku tergoda..terkecewa..!!

Kak Lin said...

Salam Pak Cik Mat....Sedap Nampak Nasi Beriani Karam Tu....Kak Lin Ingat Kapal Jer Yg Karam Rupanya Nasi Beriani Pun Karam Juga...Ahakss

akakerin said...

Mat, sebelum puasa, akak nak cuba buat resepi ni...

ady said...

Salam Cik Mat,

Terima kasih banyak2 sebab projek Nasi Beriani Karam Cik Mat ni memang saya tunggu-tunggu.Saya tgh mencari2 teknik n resepi nasi Beriani ni.Tempat sy dipanggil Nasi Beriani Timbus.Sy pernah try dulu tapi hampeh x menjadi spt yg diingini.Lagi senang masak mcm biasa.

The Incidental Chef said...

Hi Mat,
Ur beriani looks really sedaplah!! So, I decided to cuba resepi ni for dinner tonite. Everything was fine till - when i was adding the susu sejat to the chicken, then panic - alamak!! Where do i add the 1 cawan water - together with the susu sejat or in Langkah Terakhir, on top the last layer of rice? I stopped the fire n checked the internet- so many ppl dah buat this resepi with success but noone mentioned where to add the 1 cawan water! I guess im the only one - budak mentah when it comes to cooking. Hope u can advise for my future reference. I put the 1 cawan water on top the last layer and its cooking in the rice pot now! Hope my beriani will menjadi!

Lissa