BEN ASHAARI

Monday, June 9, 2008

LAKSA MEE HOON

Laksa Mee Hoon

Ini macam laksa biasa cuma mee laksa ditukar dengan mee hoon (kes kehabisan stok mee laksa!!), mudah dan senang disediakan walau pun bahan2 dia nampak "mewah"....

Bahan Utama :-)
Mee hoon, direndam, celur hingga lembut dan toskan
500 g ikan kembong
1 biji kelapa, diparut
3 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
Garam dan gula perang secukupnya

Bahan Kisar Halus :-)
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan manis
1 camca teh lada hitam biji*(*digoreng tanpa minyak hingga harum)

Bahan Sampingan ( ikut suka) :-)
Isi kerang yang direbus
Udang yang dikukus
Hirisan daun salad
Sambal belacan
Hirisan bawang besar
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua
Timun, hiris halus
Taugeh
Hirisan kacang buncis
Hirisan daun kesom

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan kembong dikukus hingga masak, asingkan isi dari tulang, tumbuk isi ikan hingga lumat. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 4 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Tuang santan cair, masukkan garam dan asam gelugor dan masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan isi ikan yang ditumbuk, bunga kantan, daun kesum dan juga santan pekat. Masukkan gula perang (1 camca besar) dan masak menggunakan api sederhana hingga mendidih dan kuah sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN LAKSA MEE HOON :- Masukkan secukupnya mee hoon ke dalam mangkuk, tuang kuah dan letakkan semua bahan2 sampingan dan juga sambal belacan. Hidangkan panas...
  5. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Tumbuk 4 biji cili merah, 1 inci belacan bakar, secubit garam dan secubit gula hingga lumat. Hidangkan bersama laksa...

2 comments:

MamaFaMi said...

Mmm...laksa, ma ada koreng sket. Tapi kalau mihun goreng, bak meh sini sepinggan penuh ok.. tak mau separuh separuh! Siap lada jeruk ok...

rinnchan said...

Haaa...keluar dah laksa bee hoon Che Mat. Memang extra mewah tuuuuu....siap sambal belacan lagi !!!