BEN ASHAARI

Saturday, June 14, 2008

CHOC-CHIP ALMOND MUFFIN

Choc-Chip Almond Muffin

Salam sejahtera untuk semua....Hari ni untuk minum petang, kita buat "choc-chip almond muffin" kelas kan nama dia, lembut, lemak, manis (pada mat manissss sgt), harum dan rangup2 badam masih terasa2 dalam mulut.....

Choc-Chip Almond Muffin

Resipi mat dapat dari fotopages terkenal, tak lain tak bukan "RinnChan"...Haiyooo!! Kelass wooo dapur dia, mengaumm semua resipi2 yang ada, kalau sesiapa pergikan terus jadi rajin nak masak......Oh yee, lupa nak kabo, mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini...harap maklum semua..

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
1 1/3 cawan gula halus ( mat guna brown sugar)
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip*
1/2 cawan kismis*
1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badan dan coklat cip utk hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
  3. Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
  4. Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2....

7 comments:

PINATBATE said...

Fuhh...kagum tul nengok susun atur meja minum teh abg mat ni...ingat tersesat rumah omputeh mana lah tadikk...cantik betul...

zaitgha said...

for muffins, i feel it has too many ingredient....to me muffins supposed to be simpler but i know from the look of your pictures its sure taste heavenly he he.....

before i forgot, you have one more fan in my sister Mat....she just loves the pictures and of course the food

Selamat Hari Bapa for you and and your dad....

Mat Gebu said...

pinatbate...
Hehehe, biasa2 jee, nak tangkap gambo masuk blog, mat hias laa sikit, kalau tak mcm biasa2 jee...hehehe.

datin zai...
I setuju dgn u, muffin sebenarnya ringkas dan kaedah membuat pun senang, muffin yg ni more to "rich cup cake", sebab ada mcm2 dalam dia...Selamat hari bapa utk "dato" juga yea....

rinnchan said...

Ammbooooi laaaa che mat....punya promo ye FP rinn. TQ!! TQ!!... Tapi kalau nak banding dgn dapur che mat apa lah sangat dapur rinn tu. Kalau masuk dapur che mat..macam masuk majalah...senang citer, complete lah semuanya. Heh Heh..thnx for trying the mufiins.

Ummi said...

Mat, cantiknya display minum petang mu, kalu x lapor pun boleh lapor jugak ni..muffin casing pun cantik la pulak gmbar kartun tu..Mat akak nk tgk picture Mat ni 1 cara je..click kat kotak picture Mat ni..haha dia kluar lak kat flicker tu..hehe, x kiralah..janji akak tak nangis dah pasni..xpun kempunan nk tgk gmbor.. :D

Mat Gebu said...

rinnchan...
heheh..mmg dah betul rinn, kalau rasa malas nak buat keje kan, masuk lah blog u dan lain2, terus jadi mcm teruja, kalau dah teruja dan masa pulak ada, tapi malas nak buat...sah nak pendek umurrr u..ahakss..

kak ummi...
ala3x ciannya kak ummi, nasib baik leh tgk kat flickr kan..tak pelah kak janji leh tgk....terima kasih yeaa kerana sudi singgah....

Zai Aziz said...

Salam Mat,

Zai dah cuba Almond Choc Muffin ni,
lembut yerk....Tq Mat sharing resepi.Next time nak cuba yg laib plak. Kita curi resepi ya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.