BEN ASHAARI

Tuesday, June 10, 2008

BENING BETIK

Bening Betik

Ini lauk memang kampung mari...mat memang suka lauk macam ni, bukan saja sihat dan mudah, tapi sedap (untuk yang biasa makan lahh!!!)....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik sederhana besar yang mengkal (sedikit merah tapi masih keras)
1/4 cawan ikan bilis, rendam 1o minit dan toskan
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca besar lada hitam biji, ditumbuk kasar
2 helai daun kunyit, disiat2
1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Betik dicuci dan dikupas. Belah dan buang biji dan potong serong. Dalam periuk, masukkan air (anggaran 3 cawan, bergantung byk mana betik), bawang besar, bawang putih, lada hitam dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan betik dan tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula. Bila mendidih,masukkan daun kunyit dan masak hingga betik lembut sedikit.
  3. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan juga ulam2 yang digemari.

6 comments:

Min said...

Mengingatkan kita pada zaman sekolah dulu, suka beli jeruk betik.. tak pernah rasa la Mat, bening betik ni. Mana la Mat belajar masakan mcm ni ye. Kalau dekat, boleh jugak rasa.

Mat Gebu said...

Min...
Masakan nie, arwah datuk mat yg berasal dari N9, dia suka masak, terutama kalau rasa badan kurang enak, oleh yg demikian kami dah terbiasa makan masakan begini...

Mama Ghock said...

mattttttttttttttt... sodap eh bening betik tu... teringat arwah emak... rindunya masakan dia. Kami mmg selalu masak bening... apa sj yang boleh di bening...

psst... mat, lenkali jemput la kita ek... teringgin...

Cangkir Biru ..... said...

En Mat....sedapnya masak bening.. tambah2 kalau cuaca panas..kena ngan nasi panas, sambal belacan ngan ikan kering fuyooo..mau pingsan kekenyangan

MamaFaMi said...

Esh, menyelerakan pulak ler kuah bening dak Mat ni... sekali pandang, ingatkan jeruk betik tu! Buat kecur je...

CT said...

Dah btahun akk tak makan bening betik ni. Nak cari betik pun susah...betik masak adalah...hehehe