BEN ASHAARI

Wednesday, May 14, 2008

APAM GULA MELAKA

Apam Gula Melaka

Semalam kan jalan2 kat MyResipi. Sekali ternampak apam gula melaka resipi dari "Che Iza", menarik dan mudah. Rasa pun sedap laahhh, sesuai dengan tekak melayu kita....

Bahan-Bahannya :-)
1 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
1 helai daun pandan*
3 camca besar gula pasir*(*dimasak hingga larut, tapis dan sejukkan)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast
3/4 cawan air
Secubit garam
Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Campurkan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut, kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Perap 1 jam.
  2. Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

2 comments:

cookinbuzz said...

Mmg nampak senang.. Semua bhn pun ada .. Periuk kukus pun belum simpan (kita buat pau senin tu).. haa mlm ni blh buat apam.

eiyla said...

salam en mat...kita dah buat tp apam tu yg bahagian bawah dia x naik/kembang....agak2 kenapa ye..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.