BEN ASHAARI

Sunday, March 16, 2008

GULAI UDANG & REBUNG

Jom kita berjamu selera dengan udang galah lagi!!! (tapi sayang, hidangan ini bukan untuk mat....sedihh laaa!!!!!!!)....Tapi tak pelah kita masak, dan tengok orang lain makan pun dah rasa puas dan kenyang...betul tak?...

Bahan- Bahannya :-)
800 g udang galah
1 ketul rebung segar
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1/2 inci belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepalanya, cuci dengan garam dan limau, toskan. Rebung dikupas, dan sagat nipis, cuci dan celur 10 minit, tos. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Tuang lagi 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2 dan ketepikan.
  2. Dalam belanga (atau periuk), satukan udang, rebung, serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar, gaul rata dan masak hingga udang kecut sedikit. Tambah santan no. 2 dan biar hingga mendidih dan masak hingga rebung lembut.
  3. Tambah santan no.1 dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

1 comment:

are said...

amboi2 c.mat!!!
t'goda tengk udang c.mat dok posing..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.