BEN ASHAARI

Saturday, March 29, 2008

CHOC - CHEESE CAKE

Step By Step 1159

Ini salah satu resipi kek yang mat suka, sedap dan tak berapa manis, rasa keju pun tak "kejam" sangat, sebab ada parutan kulit oren dalam kek dan juga cream cheese....

Step By Step 1160

Resipi asal dari "Alex Goh" dan mat cuma buat 1/2 dari resipi dibawah dan bakar dalam tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci.....Selamat mencuba!!

Bahan-Bahannya :-)
130 g mentega
130 g cream cheese
170 g gula perang (brown sugar)
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
260 g tepung gandum*
30 g cocoa powder*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya
60 g kacang walnut, cincang sederhana halus

Bahan Topping :-)
250 cream cheese
60 g gula aising, diayak
1 biji oren, parut kulit dan perah jusnya

Cara membuatnya :-)
  1. Putar cream cheese, mentega dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (masa ni adunan seakan2 berminyak), masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, kemudian diikuti dengan parutan kulit oren. Gaul rata.
  2. Masukkan cincangan walnut, gaul rata dan tuang dalam tin berukuran (10 x 10 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Bakar 30 - 35 minit pada suhu 175C, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  3. Pukul bahan2 untuk topping kecuali jus oren, pada kelajuan sederhana hingga putih. tambah jus oren dan pukul hingga rata. Sapu atas kek tadi dan ratakan. Potong dan hias ikut kreativiti masing2 sebelum dihidangkan.


8 comments:

Lapa said...

DELICIOUS

||syazwaniadnan|| said...

wah, mewah cheese ni!
dalam kek, ada cheese.
topping pn cheese!
aiyoyoyo, meleleh ayaq liuq ni!
sedapppppnyeee

Cik Siti Wan Kembang said...

EnAmatGebu > pokok apa tuh atas kek? ngeh..ngeh.. ambik belakang rumah ker? hahha Mat jgn mare di pagi Sabtu ni.., The pic is one of your best collection. Nak curi boleh??

noreen said...

mat camne nak putar cream tu cube tunjukkan sikit den nak taw gak ahak

Mat Gebu said...

lapa....
Terima kasih....

Syazwaniadnan...
Tapi tak muak tau kek nie, dgn syarat jgn leer makan byk2..hehehe

SitiAzma..
kalau tak silap mat tu pokok "lemon thyme", hari tu masa pi JayaJusco, mat beli yg segar dan cuba tanam. buat 3 rumpun, 2 rumpun je yg hidup....

noreen...
Laaa putar mcm biasa laa, takkan lah tatau, ko ni kan, dah xpert tanya2 lagi...

I Cook4Fun said...

Cantiknya Abang Mat the Choc-Cheese Cake. I mesti try recipe ni. Thanks for sharing it.

so TOGETHER. said...

choc cheese cake . .
umm . .
a fantastic combination . .
(=

Mizz D O L L Y said...

Wahhhh! Sedapnyeee!!! Nape Dly baru jumpa belog nieee.. Harap-harap belum terlambat nak belajar resipi beshhhh!!! :D:D:D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.