BEN ASHAARI

Sunday, February 17, 2008

ASAM PEDAS IKAN PARI

Sedapnyaa makan asam pedas ikan pari dengan nasi hangat, ulam2man dan kalau ada petai lagi laah sedapp...ishh, terliur pakcik!!!

Bahan Utama :-)
600 g ikan pari (1 kati)
2 biji terung bulat
2 biji tomato, belah 4 setiap biji (mat guna tomato ceri)
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 genggam daun kesom (tak letak sebab tak de stok)
Garam an gula secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 keping nipis hirisan halia
1 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya :-)
  1. Potong2 ikan pari, perap dengan jus limau dan garam 10 - 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terungm dikupas kulit, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Tuang air (anggaran 700 ml atau mengikut keperluan).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan pari dan terung (toskan dulu). Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut dan ikan masak.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....Fuhh!!! berpeluh u makan!!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.