BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

TOM YAM

Sedapnyaaa....Tom Yam, sesuai sangat untuk tekak yang tak de selera nak makan....jom sama2 kita makan!!!

Bahan Utama:-
1 keping ayam bahagian dada
8 - 10 ekor sotong
8 - 10 ekor udang besar

Bahan Sayur:-
1 batang lobak merah, dipotong baji
10 kuntum cendawan butang, belah 2
5 batang putik jagung, belah 2
1 biji bawang besar, potong 4
2 biji tomato, belah 4 setiap sebiji
6 - 8 biji cili padi, diketuk

Bahan Rempah:-
2 camca besar "LIFE" tom yam paste
2 batang serai, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 pokok ketumbar, cuci bersih dgn akar sekali
2 helai daun limau purut
1 cm halia, diketuk
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub ayam "MAGGI"

Bahan Perisa:-
2 - 3 camca besar jus limau kasturi
Sedikit gula
Sos ikan (nampla) secukup rasa


Cara membuatnya:-
  1. Ayam dibersihkan dan potong kecil, cuci bersih dan tos. Kupas udang dan buang urat belakang, cuci bersih, toskan. Sotong dibelah dan potong kasar, cuci dan tos. Ketepikan
  2. Dalam periuk, tuang air (kurang lebih 700ml) dan jerang atas dapur. Masukkan semua bahan2 perisa dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam, lobak merah, cili padi ketuk dan belahan bawang besar, masak hingga lobak 3/4 lembut.
  3. Kemudian masukkan sotong, udang dan semua bahan sayur. Biar mendidih dan perasakan dgn sedikit gula dan sos ikan mengikut keserasian tekak masing2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi juga mengikut tahap kemasaman yg diinginkan. Boleh dihidangkan panas...

1 comment:

AdiaLuze said...

CMG, LIFE tomyampaste ni kalo kat pasaraya biasa cam giant ader ker?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.