BEN ASHAARI

Thursday, January 17, 2008

TELUR PINDANG...

Biasa lihat atau dengar "Telur Pindang"?..Bukan telur yang di masak pindang, tapi sejenis telur rebus dengan rempah ratus terpilih dan herba2. Selalunya di negeri Johor, telur pindang menjadi kebiasaan untuk majlis kenduri kahwin atau pun yang seangkatan dengannya. Tapi zaman sekarang kurang sangat dan boleh dibilang dengan jari majlis2 yang menyediakan telur pindang sebagai salah satu berkat untuk tetamu dibawak balik.
Mak Cik mat, yang dok di JB, dia memang kira pakar lah membuat telur pindang. Telur perlu dicuci dan rebus bersama rempah ratus, herba2 dan kicap selama 4 hari 4 malam!!!...Lama kan, tapi teknik merebus dia tak sama macam merebus telur biasa, hanya menggunakan api terkecil...dan air cuma panas2 suam. Jangka hayat telur pindang agak "panjang" oleh kerana proses merebus dia yang panjang. Buat masa ni mat cuma boleh boh gambar saja, untuk resipi tu insya allah dalam masa terdekat...kena menuntut dulu....

7 comments:

MyPeriukBelanga said...

yo lah jemputan kat kulai ari tu kita dapek monimbun tolo pindang ni matt oiii. besoknyo den buek sambal tumis tolo pindang, mlantak tolo jo satu ari naik ponen lalat aku bila kentot bau tolo pindang ahak ampuunnn...

Mat Gebu said...

hahah..den pun tak do lah goma mano telur pindang nie, cumo nak kokalkan warisan org2 kito..kalau kontot bau tolur nie boleh "koma" dibuek eyyy!!...

Hani said...

hihihi hahaha hohoho... gelak tak berenti sampai meleleh ayaq mata baca komen hangpa nih. ish... awat loklaq sangat. bau kentot buleh "koma". hahahah hihihi

Mat Gebu said...

hehehe..itu pasal suka tengok je tapi makan tak berapa sgt....takuttt!!!!

MamaFaMi said...

Eee ma suka sangat telur pindang ni. Tapi anak-anak ma ni, dia dok kata telur busuk. Hahaha...baguih gak pasal...diorang punya share, mama la tukang bedal! Kentut busuk belakang cerita... kok ye pun, kalau kentut wangi, bukan leh jual pun...hehehehe...ampunnnn...

Mat Gebu said...

Sokong mama fami!!!..Hidup Mamafamii!!!!!

siti said...

Mat, bila nak letak resipi telur pindang ni..ada kawan siti tanya resipi ni...tak tahu nak refer kat mana...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.