BEN ASHAARI

Friday, January 25, 2008

SPONGY CAKE

Spongy Cake ni mat buat semalam, nak masukkan dalam blog punya lah seksa, server slow sangat, tapi hari ni ok pulak dah. Resipi mat dapat dari blog masak2 Dr No, dan ternampak pulak Kak Jun buat, terus teruja nak cuba....
Hasilnya tidak mengecewakan. Dari kek tu terbiar togel, jadi mat bagilah perias sikit, ala2 kadar je, itu pun sebab nak habiskan buah kiwi dan whipping cream yang masih berbaki....

Bahan-Bahannya :-)
4 biji telur gred A, asing kuning dan putihnya
1 cawan gula halus
1/3 cawan susu segar/air
1 camca teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan, digaul dan diayak)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, Gris loyang dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Gris juga permukaan kertas tadi . Ketepikan.
  2. Pukul putih telur hingga kental. Ketepikan. Pukul pulak kuning telur dengan gula halus hingga berkrim. Masukkan susu segar dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Kaup balik putih telur tadi dengan adunan kek. Gaul hingga rata dan tuang dalam tin. Bakar 12 - 15 minit (jika guna loyang bulat 9 inci, bakar 20 - 25 minit) atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan kek dan hias ikut suka. DALAM GAMBAR :- Mat gunakan krim putar, buah kiwi dan ceri bertangkai serta gula aising diayak..

7 comments:

Ummi said...

Huih mat, mengganaazzz ko ni..terkecur air liur tengok topping dia mat...ish ish..Kak pulak nk cuti masak dah esok, g KL potluck gathering lah mat...cuti masak...rugi dah weekend kak tau, x masak2 hehe..(*dlm hati suka gak..tggal hubby dgn kids sesekali..hehe)

Mat Gebu said...

Ok kak ummi, baik2 memandu yeaa....jangan nakal2!!!

Lydia said...

cik mat, prop dlm gambar tu u guna kain siapa?? cantik lah... baju ur mum ke? :p

Mat Gebu said...

sky...
itu bukan kain utk buat baju laa..hehe, tapi lebih kain buat curtain....

echah_syed said...

toping kek tu mat..cantek sgt.hg dok tayang2 bila nak send kt email aku hah??

aku mai dah la lom bekpes..nmpk kek hg adehh...

Mat Gebu said...

kak combi...itu yg senang je cara nak perias kek, kalau yg advance sorry leerr, tak reti pakcik!!..alahh3x, cian lom sarapan yeaa...meh cini, i suapkan u...ahakss..mati aku laki kak combi rebus sat lagik!!!

Flashback-memories said...

mat, cam mana gula icing tu boleh lurus aje atas kek tu?