BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

SOFT CRUST PIZZA

Sedapnyaaa....pizzaaaaa......ahhhhhh!!!!!!....hehehe, saja nak buat pizza hari ni, cuma kali ni sos pizza tu mat ganti dengan black pepper sauce dan doh dia jenis lembut, gebu dan menawan gitu. Kalau nak sedap lagi makan dengan "sweet peri-peri sauce" keluaran Nando's....memang termenung u lepas makan tu....

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:-
1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


~~::RUPA PIZZA YANG SIAP DIISI DENGAN INTI SEDIA UNTUK DIBAKAR::~~

2 comments:

nono said...

salam,

hye abg mat,salam perkenalan..
ekcely dh lme nono intai2 blog nie..tp x berkesempatan nk komen..

semalam nono try bt pizza tue..alhamdulillah jadik..intai la blog nono yerk...:)heheh..

NiNa' said...

salam..

menguji iman la..
tgk pic pizza ni..
sedapnye..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.