BEN ASHAARI

Thursday, January 24, 2008

SAMBAL TELUR DAN REBUNG

Jom kita masak sambal tumis telur dengan rebung.....Mat guna telur ayam kampung, tapi telur ayam bandar pun boleh digunakan, jangan bimbang dan gusar, manakala rebung tu kalau tak de atau tak boleh makan tak payah letak pun tak pe...

Bahan-Bahannya :-)
5 biji telur, direbus keras
300 g rebung, cuci dan hiris nipis tapi tak putus
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci belacan*
1 keping hirisan halia*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas telur dan goreng dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Celur rebung hingga 3/4 lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk bersama cili kisar, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan rebung dan sedikit air. Masak hingga rebung lembut.
  3. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula, masukkan telur dan hirisan bawang. Masak hingga sambal pekat sedikit. Rasa jika ok, boleh diangkat.

4 comments:

Ummi said...

Aii mat, minggu tolorr sedonia lak ke? Kelmarin tolor puyuh salut daging, ari ni sambal tolor pulak..Mat lepas ni dtg Tioman, kita cari telor naga yg lama duk mengeram kat pulau Tioman tu nak?? Agak2 beso mana agaknya, beso tempayan ke? heheh..(*ish terlepas mulut ni, tkut terkena sumpah lak..hehe)

Mat Gebu said...

hahaha...minggu telur sedunia....Menyumpah ayam tu bila tengok telur dia kena kutip....!!

Hani said...

Mat... jaga... makan telur banyak2, kentut power giler nanti... kek kek kek

TQ for add. panjang umur sampai kot :-P

Mat Gebu said...

okey kak hani....nanti kalau dah sampai ke M'sia n confirm nak mai jgn lupak bagi tau yeaa...