BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

LEMAK CILI PADI IKAN KELI SALAI


Ikan kelai sungai yang abang mat dapat hasil dari dia memancing.....Bila dah ada tu, bonda mat pun siap2 siang dan bersihkan, lepas tu kerja mat pulak lah memasaknya...aduhh!!!..sedap, pedas dan terangkat uuuu!!!!...

Bahan Utama:-
2 ekor ikan keli sungai
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*untuk dilumur pada ikan)
4 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kunyit (optional)
10 biji limau kasturi, diperah jusnya
1 biji kelapa, diparut

Bahan Tumbuk Halus:-
1/2 cawan cili padi (mat guna yang hijau)
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-
  1. Siang ikan keli sungai, cuci bersih dan lumut serbuk kunyit dan sedikit garam. Panggang hingga garing. Angkat dan ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang lagi 1 1/2 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk lumat, serai dan santan no.2. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang tadi dan biar mendidih. Tuang santan no.1 dan masukkan bunga kunyit.
  3. Bila mendidih, tuang jus limau kasturi. Kacau rata. Rasa kuahnya, jika kurang garam boleh ditambah. Biar masak 2 - 3 minit dan boleh matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man....meleleh air liurr beb!!!

1 comment:

Mama Herda said...

perhhh dgn deco kain batik tu yg nmpk ikan kelitu tu lg menyelerakan..nyam nyam....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.