BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

KEK KEJU KAPAS

Resipi kek keju yang lembut, halus dan gebu....terima kasih alma....atas resipi yang sedap ini...

Bahan A:-
250 g keju krim (cream cheese)*
50 g mentega*
100 ml susu segar*(*dicairkan secara kaedah "double-boiler")
6 kuning telur
1 camca besar jus lemon (boleh ganti dgn jus sunquick)
1/4 camca teh garam
60 g tepung halus
20 g tepung jagung

Bahan B:-
140 g gula halus
6 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar

Cara membuatnya:-
1- Bila bahan2 yg dicairkan itu sejuk, masukkan kesemua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan tidak berbintil2.

2- Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul hingga kental.

3- Satukan no. 1 dgn no. 2, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan berukuran 8 inci yg telah digris dan dialas dasar dan tepinya dgn kertas.

4- Bakar kek menggunakan kaedah "baine-marie" dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 1 jam. VARIASI - Boleh juga dibuat seperti marble cake (macam dalam gambar)

5- Kaedah "baine-marie" = bakar dgn cara meletakkan tin berisi adunan ke dalam loyang yg berisi sedikit air panas. Kaedah "double-boiler" = mencairkan bahan dgn cara mengisi bahan2 dalam bekas tahan panas dan meletakkan bekas itu atas air mendidih.

1 comment:

Pekebun Sayur said...

Salam En. Mat,

Nak tanya sket...pukul bahan B sampai kental tu maksudnya mcm mn?mcm kita nk buat meringue tu ker?