RESIPI MI KARI KLASIK

Assalammualaikum, salam semua. Masak apa hari ni? Che mat lepas masak tadi tiba2 tekak mengidam nak makan mi kari. Dah nak sangat, kita usahakan juga lah buat. Kata orang, bila tekak nak makan sesuatu tu, kalau kita buat, in sha Allah menjadi dengan sedap. Kurang sedap pun tetap rasa sedap sebab dah teringin sangat. Dah lama juga che mat tak bikin mik kari, sebelum ni ada sedikit perubahan, nak tukar pada mi rebus, tapi bahan2 tak cukup pulak. Takpe, projek mi rebus tu kita boleh tangguhkan, kita laksanakan mana yang mudah dulu. Mi kari che mat agak ringkas dan tak susah mana. Dalam freezer ada belen ayam dalam 3 keping, jadi ngam sangat lah untuk jadikan rencah mi kari. Korek2 lagi, ehh, ada pulak kerang dan tauhu pok juga che mat dah bekukan, ini sudah bagus. Maka operasi memasak mi kari pun bermula.... 

Resipi ini sesuai untuk hidangan 4 - 5 orang, bergantung pada tahap kelaparan masing2. Tapi in sha Allah cukup sangat, untuk 6 orang pun cukup. Che mat bikin juga sambal tumis ringkas untuk dimakan dengan mi kari. Kenapa guna tauhu pok? Tauhu biasa tak boleh ke? Part tauhu tu terpulang, tapi kalau guna tauhu pok, nikmat dia memang berbeza, nak2 masa kita makan, tauhu pok akan meresap kuah mi kari. Kalau tauhu biasa kita goreng dulu, kendian hiris dan taruk atas mi kari masa nak dihidangkan. Che mat guna santan kotak kecil yang 200 ml tu, ada juga yang masukkan sedikit susu cair, tapi che mat kurang gemar, sebab kuah mi kari akan jadi terlalu lemak. Bagi yang nak mencuba, boleh tengok resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA KUAH MI KARI :-)
3 keping potongan ayam, dikerat kecil, cuci dan toskan
15 biji fishball, dibiarkan sebiji2
6 biji tauhu pok, kerat 2 setiap 1
4 - 5 tangkai kacang panjang, dikerat pendek
2 camca besar rempah kari daging*
1/3 cawan air*(*disatukan, kacau rata hingga menjadi pes)
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh sos cili
1 kiub pati ikan bilis Maggi
200 ml santan pekat
800 ml air atau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
Sebesar ibu jari, belacan

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari
1 batang serai, diketuk

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, celur dalam air panas dan toskan
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Hirisan daun sup dan daun bawang
Taughe secukupnya
Bawang goreng
1/2 cawan isi kerang yang telah direbus
Limau kasturi, dibelah 2 setiap 1
Sambal tumis, untuk dimakan dengan mi kari

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
4 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI KARI :-Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan sos cili, kacau rata dan masak hingga naik minyak, kacau sentiasa untuk mengelakkan rempah hangus (tambah sedikit air jika perlu) dan gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut dan berubah warna. Tuang air secukupmya. Kacau dan biarkan mendidih. Tambah kiub ikan bilis, masukkan fishball dan tauhu pok, biarkan mendidih lagi. Masuk kacang panjang dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih sekejap dengan api perlahan, kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  3. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah asam gelugor dan sedikit air. Masak hingga sambal pekat dan terbit minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, boleh hidangkan dengan mi kari.
  4. UNTUK MENGHIDANG MI KARI :- Masukkan secukupnya mi kuning ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah mi kari bersama isi2nya sekali (kacau dulu kuah sebelum kita cedok). Hias dengan taugeh, isi kerang, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi. Sudukan sedikit sambal tumis ke dalam mi kari sebelum dihidangan. Jangan lupa perahkan jus limau kasturi sebelum dimakan....Sedapp dia, mintak amponn wakkk!.... Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.