RESIPI RENDANG PUCUK UBI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi rendang pucuk ubi. Hidangan tradisional yang femes di Negeri Sembilan ini, boleh dikatakan senang dibuat dan tak perlu modal yang besar sangat. Memandangkan, tinggal 2 hari lagi kita akan mula berpuasa (In sha Allah), resipi ni amat sesuai dihidangkan pada waktu berbuka dan bersahur, cuma kurang sesuai untuk kanak2 yang tak makan sayur. Bagi mereka yang tinggal di kampung, bahan2 untuk membuat rendang pucuk ubi boleh didapati disekeliling rumah seperti pucuk ubi, kelapa, kunyit dan serai. Perencah dia che mat guna ikan bilis sahaja, memang tak perlu perencah lain. Membuatnya pun tak makan masa yang lama, dan tiada pantang larang. Jika ada yang nak mencuba, untuk dihidangkan pada bulan puasa nanti, boleh semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi, pilih yang muda
3 helai daun kunyit
3 batang serai, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, cuci dan toskan
1 kg santan pekat (guna santan segar)
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula, jika suka

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (campur yang hijau dan merah), boleh kurang atau lebihkan
2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya. Cuci bersih dan toskan. Daun kunyit, dibuang bahagian tengahnya, kemudian hiris halus. Ketepikan. Dalam kuali, masukkan santan, bahan2 tumbuk halus, ikan bilis, serai, hirisan bawang merah dan sedikit garam, anggaran 1 camca teh. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Sederhanakan api, terus memasak sambil dikacau hingga santan terbit minyak. Masukkan asam gelugor, sedikit gula (jika guna), hirisan daun kunyit dan pucuk ubi tadi. Gaul rata dan masak hingga pucuk ubi kecut. Kecilkan api, dan biarkan hingga kering dan bertukar warna gelap, jangan lupa dikacau sekali sekala.
  3. Rasa dan jika perlu baru ditambah sedikit lagi garam. Terus mengacau hingga rendang pucuk ubi betul2 kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau bila rendang pucuk ubi sejuk, taruk dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan  lebih lama...Selamat mencuba

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.