RESIPI ASAM PEDAS TETEL SAMA SULUR KELADI

Assalammualaikum, salam semua. Alhamdulillah, blog che mat sudah pulih seperti biasa, harap2 tiada lagi masalah serupa berlaku di masa2 mendatang. Hari ni che mat masak asam pedas tetel sama sulur keladi. Sulur keladi tu che mat beli di pasar lambak Chaah pada Sabtu lepas, dan dah masak separuh, dan baki dia kita kasi habiskan hari ini, risau pulak kalau kecut nanti dah tak sedap. Dan tetel pulak belen dari che mat masak dalca semalam, tak banyak, adalah dalam satu mangkuk macam tu. Sulur keladi pulak dalam 3 tangkai. Che mat guna sulur keladi Bangladesh, saiznya besar dan bewarna hijau. Satu yang bagusnya, sulur keladi bangla ni, tak gatal, tapi perlu juga dicelur sebelum masak. Kalau sulur keladi kampung, kalau kena yang gatal, habis merenyam tekak bila makan. Sebenarnya ini resipi biasa sahaja, tapi sedap sangat bila dimakan dengan nasi panas. Tak perlu lauk2 lain yang memeningkan, cuma perlu tambah ulam2man dan telur dadar, dah cukup. Nasi pulak panas2 dan lembut sedikit. Nak lagi sedap, renjiskan sedikit kicap bila nak makan. Mak mertua lalu pun tak perasan wakk! Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini...Selamat mencuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk daging tetel yang telah direbus, kalau ada air rebusannya, asingkan
3 - 4 tangkai sulur keladi Bangladesh,dibersihkan dan kerat anggaran 3 inci, cuci dan toskan
1/4 cawan cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa #adabi
1/2 kiub pati daging #maggi (optional)
3 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1 camca teh lada hitam biji
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sulur keladi Bangla dibuang kulit luarnya, kerat anggaran 2 inci, cuci, toskan dan celur dalam air mendidih yang dimasukkan sekeping asam gelugor. Celur hingga sulur keladi lembut sedikit, tos dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4 - 5 camca besar. Masukkan serai dan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak, gunakan api perlahan dan kacau sentiasa. Masukkan daging tetel dan pes asam jawa, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan daging tetel dan tambah air secukupnya (jika perlu). Kacau rata dan biarkan medidih.
  3. Masukkan bunga kantan, kiub pati daging, daun limau purut dan sulur keladi. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga sulur keladi lembut, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas, ulam2man dan telur dadar...

Post a Comment

5 Comments

  1. Adoiii..sedapnyer mat gebu 😃😃
    Kite dah lama tak makan sulur keladi..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah....urut dada aku menengoknyaaa....
    Sedapnyaaa...esok cecah dengan lempeng bisu,...perghhh

    ReplyDelete
  3. daging tetel ada lemak2 dengan sulur keladi dua2 feveret,nanti bulan puasa nak try la hehehe...

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya... minggu lepas 2-3 kli cuba masuk blog biru x dpt..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.