SAMBAL TERUNG DAUN SELASIH..

rsz_sambal_terung__daun_selasih
Assalammualaikum, salam semua. Entri hari ni che mat baru sempat masukkan malam...sibuk sikit, tambah pulak dengan rasa tak sedap badan, mintak2 jangan demam sudah lah. Hari ni che mat masak lewat, lepas subuh pagi tadi, che mat sambung tidur, tau2 jam 9.30 pagi baru bangun...grrrr. Jadi masak apa yang sempat saja lah. Untuk diri sendiri dan mereka2 yang sudi nak makan sama, che mat masak sambal terung, atau terung berlada, tapi kali ni sambal dia agak berbeza dari biasa. Che mat guna 2 biji terung ungu bersaiz agak besar. Hidangan yang amat ringkas ini amat sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut dan digandingkan dengan ikan goreng. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu bersaiz besar
1 1/2 camca besar daging cincang
10 helai daun selasih
7 biji cili merah
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikerat 4 setiap sebiji, kemudian dibelah setiap keratan, rendam sekejap dan  toskan. Lap kering dengan tissue dapur, kemudian gaul dengan sedikit garam. Goreng hingga terung lembut, angkat, toskan minyaknya dan letak atas tissue dapur, biar minyak terserap. Kemudian susun terung tadi dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan2 yang perlu dikisar. Kemudian masukkan cili merah dan sambung kisar tapi jangan lama sangat, kisar sekejap sahaja untuk mendapat teksture cili yang agak kasar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, terus memasak hingga garing, masukkan daging dan masak lagi hingga daging berubah warna. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga garing. Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas terung dan hias dengan sedikit daun selasih, hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Post a Comment

6 Comments

  1. cm..ni macam makanan kat beijing je..ahakss..

    ReplyDelete
  2. @mieza - hahaha...apa ingat Sedenak takde ke makanan ala2 Beijing...

    ReplyDelete
  3. memang sedap lawan dengan nasi panas. Dengan ikan bilis goreng rangup lagi terangkat..huhu

    ReplyDelete
  4. thanks CM bagi idea...walaupun simple tapi anak-anak suka sangat.

    p/s:CM kenapa saya taip kat "search blog" dia tak keluar apa-apa result? saya selalu jadikan blog CM sebagai rujukan utk memasak...semuanya menjadi..banyak pahala CM :-)

    ReplyDelete
  5. salam...
    jalan2 cari menu..nak msk pe hari nie...
    bolih?

    ReplyDelete
  6. kalau saya punya resepi sambal terung, blend cili merah segar + cili kering, bwh besar, bwg putih dan tomato.. dimasak hingga kering atau pecah minyak.. sgt sedap kalau tabur tempe goreng, ikan bilis goreng dan kcag tanah goreng..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.