rsz_santan_durian
Petang semua, assalammualaikum. Gangguan bekalan elektrik berlaku di kawasan kampung kami pagi tadi sampai ke petang. Jadi mat tak masak, makan apa yang ada. Tapi bonda dan abang sulung berpuasa, jadi petang tadi setelah bekalan elektrik kembali pulih, sempat juga lah masak yang sempoi2. Untuk bonda mat buatkan santan durian yang begitu menggamit kenangan. Selain tu mat hanya goreng ikan cekik leher dan tumis lokio bersama udang dan cili hijau, amat2 senang. Bercerita pasal santan durian, ia satu makanan tradisi orang2 dulu, terutama di Negeri Sembilan (mungkin negeri2 lain juga). Kata bonda dulu di Rembau, masa zaman dia kecik dan arwah nenek masih ada, kalau musim durian, ini antara makanan yang begitu praktikal disediakan, hanya perlu durian, dan santan kelapa segar dan sedikit garam. Satukan dan biar sekejap. Kemudian boleh dimakan bersama nasi. Cuma pada yang tak biasa (macam mat), ianya agak janggal. Tapi kalau dimakan begitu, rasanya sedap. Santan kelapa diperah dari kelapa parut dan gunakan air masak. Walaupun ini satu benda biasa, tapi tidak orang2 lama. Makanan menggamit nostalgia hidup dan mengeratkan kasih sayang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji durian saiz sederhana (terpulang pada anda nak guna durian jenis apa)
1/2 biji kelapa, diparut
1 cawan air masak
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan air masak dengan kelapa parut, ramas hingga kelapa mengeluarkan santan. Kemudian perah untuk mendapatkan santan. Tapi santan tadi guna tapisan yang halus. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Masukkan isi durian, dan simpan dalam peti sejuk 30 minit. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja....Berani mencuba?..