rsz_kek_pisang (1)
Kek pisang pulak. Tak sengaja nak buat, tapi bersebabkan ada pisang lemak manis yang comel2 terlonggok dalam bakul, jadi mat buat. Call my dear MamaFami pagi tadi untuk kepastian resipi, terima kasih mama. Sebenarnya resipi mat ambik dari blog mama di sini, dan mama pulak ambik kat  blog Mak Lang di sini. Pisang paling elok untuk dibuat kek sudah pasti pisang berangan kerana punya bau yang harum. Selain tu pisang embun, canvendish dan pisang montel juga boleh. Tapi mat, belasah guna semua jenis pisang, kalau tu saja yang ada. Cuma kalau anda guna pisang yang sesuai untuk kek, anda akan dapat rupa paras kek yang cantik dan ada seakan2 urat2 bewarna coklat bila anda potong kek anda.

rsz_kek_pisang1
Resipi tak perlu banyak bahan2. Buatnya juga mudah, tak perlu mixer mahal seperti Kitchen Aid, Kenwood dan sebagainya, guna Handwood saja, main hempuk, lenyek, kacau dan gaul...kemudian bakar, siap sudah, satu jee, jangan masa bakar tu takde elektrik, eh tapi boleh gak, kalau kena insiden macam tu, anda oter bancuhan kek dan buat cekodok, alaa kan kita buat dia. Betul, bukan cerita merepek, tapi kenyataan!. Kek pisang ini lembut dan mat kurangkan sukatan gulanya. Kemanisan bergantung pada jenis pisang. Kalau pisang anda guna manis, kurangkan gula. Mat guna gula perang. Ok kita semak resipi, cuti2 sekolah ni, anak2 dara sunti pun boleh buat, serius ni pakcik mat yang cakap..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..