rsz_dsc_5377
Ohh...sebab tak tahan godaan, aku makan juga sekor...huhu, takpe nanti makan satu lagi..ok. Cobaan, benda kolestrol tinggi ni kan sedap2 belaka. Cuma tak sedap bila kita buat medical check-up. Lepas tu kena menghadap muka doktor, kalau yang ok tu, sweet je, kalau tak tak berapa nak ok tu...sweet and sour jeee....terus macam nak demam. Tapi sebab godaan, aku masak juga, sambil2 tu boleh lah letak kat blog.  Sebenarnya tu hari (ke semalam eks?..hmmm), ada sorang kat FB tanya mat, macam mana nak buat telur yang tabur atas udang tu. Mat pun tak berapa nak pasti, tapi dulu mat ada buat guna acuan roti jala, cuma kena cepat kacau. Cuma satu jelah, minyak akan berbuih, sebab kita goreng telur. Mat cuma curah perlahan telur tadi dalam kuali, pastikan dari tepi, sambil tu guna senduk, kita kacau satu arah sahaja dalam kuali yang mengandungi minyak. Bila perang, terus toskan, kalau dapat guna tapis stainless steel. Bila mintak kering, letak atas beberapa helai paper towel. Untuk resipi ini mat guna 12 ekor udang bersaiz besar. Jomm semak resipi dan bagi yang belum VOTE hari ini, sudi2kan lah di sini... Terima kasih sekali lagi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar, bersihkan, cuci dan toskan
Sedikit garam dan lada sulah
1 biji telur, dipukul sedikit
1 tangkai daun kari, diasingkan dari tangkainya
5-6 biji cili padi, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), sediakan senduk (guna senduk stainless steel yang bertangkai panjang), kacau perlahan minyak tadi dan tuang telur perlahan sambil terus mengacau hingga telur perang. Guna api kecil, toskan dan letak telur tadi atas paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah, kemudian goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi, kemudian masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi. Tambah susu cair dan kacau rata.
  3. Masukkan udang, gaul dan masak hingga kering (mat tak letak garam lagi, sebab rasa dah ok). Alih dalam bekas sesuai, tabur dengan telur tadi dan hidangkan.......malas nak cerita sudahh...pengsann >___<