rsz_dsc_9964 (1)
Brussels sprout?...Ape benda pulak tu, si mat ni pelik2 belaka benda dia masak. Ha ah kan, tak madan dok kampung cerok... Ehem, biasa lah. dunia sekarang ni dok ceruk mana sekali pun kalau dapat kemudahan internet, jangan temberang lah kata tatau, betul tak?, kalau zaman kolonial dulu boleh lah nak auta. Brussels sprout ni sejenis sayuran dalam keluarga kobis. Dulu masa mula2 jumpa mati2 mat ingat kobis bantut, dan pesal mereka dah petik. Bila baca dalam satu artikel di majalah masak2, baru tau brussels sprout ni memang sejenis kobis cuma cara kejadian dia agak berbeza. Mengikut kata wikipedia, Brussels sprout mengandungi "sulforaphane" satu bahan anti-cancer. Kalau tanya mat, apa rasanya, kalau mentah rasanya ada sedikit kelat, tapi kalau anda masak macam resipi yang mat buat ni, insya Allah sedap, boleh dimakan dengan nasi atau macam tu sahaja..Ok kita lihat resipi mudah ini....Jommm..

(Rupa Brussels Sprout yang belum dipetik pada batangnya...Gambar ehsan Google)

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram Brussels Sprout
2 ulas bawang putih, cicang halus
3/4 camca teh biji sawi (mustard seeds)
1 camca besar madu
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca teh chili flakes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kerat sedikit bahagian bawahnya, kemudian asingkan jika ada daun2 yang kelihatan kekuningan. Cuci bersih dan toskan. Buat belahan bersilang pada bawah brussels sprout seperti gambar kanan. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Kukus brussels sprout tadi atas air mendidih selama 15 minit, angkat dan rendam dalam air berisi air batu, tujuan untuk membantutkan proses memasak. Biar berendam sekejap, boleh toskan.
  3. Panaskan kuali atau non-stick pan. Panaskan mentega, tumis bawang putih, biji sawi dan chili flakes hingga harum, masukkan madu dan juga secubit garam. Kacau rata dan bila kelihatan pekat, masukkan brussles sprout tadi, gaul rata dan masak sekejap hingga bahan2 bersalut. Boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat..