rsz_dsc_2420
Selamat pagi, Sedenak hujan ni, kalau sambung tidur pun bess juga. Tapi nanti jadi pemalas pulak kan. Pagi ni nak letak sarapan megi tom yam....Cehh, apa nya blog masak2 lah agaknya, menu megi, lepas tu lauk2 biasa je. Tulah sejak2 mat demam ni, mood berblog ke laut..bosan, rasa nak stop kejap berblog..huhu... Mat tulis, bukan nak lah nak luah perasaan, sebab ada segelintir blogger pernah mat baca coretan mereka, kat blog kalau kita tulis benda sedeh, benda menyayat hati, umpama entri murahan nak tarik orang baca, yelah pada pandangan mat, mereka yang suka komen longkang entri orang ni kan, ibarat tak cermin diri sendiri, rasa anda tu dah cukup hebat ke?. Kalau orang lain tegur, komen sikit wahh melenting terus, siap buat entri, tapi bila awak komen longkang kat entri blogger lain, ada tak ambil kesah perasaan mereka. Tegur secara berhemah tu lagi baik, kalau nak tegur, inbox si blogger tu atau YM lagi elok dari tulis terang2...tapi bukanlah semua yang berperangai macam tu, hanya segelintir sahaja yang anggap blog mereka "the paling bagus" lahh kononnn.....pigiiii dahhhh!!!!....Untuk anak2 yang baru nak belajar masak maggi, meh tengok resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus maggi tomyam
1 biji telur
2 ulas bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
4 biji cili padi, hiris
sedikit bunga kobis, potong
Sedikit daging ayam, didadu
Hirisan daun kuchai
Sedikit hirisan serai
1 helai daun limau purut
Lada hitam kisar secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali), tumis hirisan bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masukkan perencah tomyam yang disediakan sekali dalam paket mi maggi tadi, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Kecilkan api can pecahkan telur, biar hingga telur mengeras, masukkan daging ayam dan bunga kobis, masak hingga bunga kobis lembut. Masukkan daun limau purut dan mi, kacau perlahan dan biar hingga mi lembut.
  3. Tambah lada hitam, rasa dan jika ok boleh matkan api. Hidangankan dengan menabur hirisan daun kuchai. Hidangkan segera.....Selamat bersarapan semua!!!..