Tiba2 mat teringat Puan Norzailina Nordin (gambar atas)....Anda kenal beliau sapa?..Dalam dunia penulisan Novel beliau memang tidak asing lagi, menulis berpuluh novel. Dalam dunia masakan pun beliau turut dikenali, telah menghasilkan berbelas buku masakan yang pastinya banyak membantu suri rumah serta mereka2 yang meminati dunia masakan macam mat ni. Dunia blog menemukan mat dengan beliau atau lebih mesra dengan panggilan Kak Norz, tapi mat ingat lagi dia suruh mat panggil Kak Lina. Beliau blogger pertama yang menjejakkan kaki ke tanah Sedenak yang penuh dengan 1001 misteri....macam seram kan. Masa mula2 mat tau yang beliau sudi datang, hmm ibarat mimpi dalam mimpi..yelah orang yang selalu kita lihat di kaca TV, di dada-dada akhbar dan majalah, tiba2 ada depan mata...penggsannnnn >___<

Kata Kak Lina, dia sudi bertandang sebab menghargai mat yang sering kali mencuba resipi2 beliau yang ketika itu hangat di Majalah Jelita sekitar tahun 90-an, tapi memang mat mencuba banyak, dan ada tu sebelum berblog lagi.. Jika anda ingin mengetahui biodata dan perihal beliau, boleh klik sini...



Bila kami blogger2 mengenali blog beliau di sini, terasa hubungan makin akrab, hingga Kak Lina meminta mana2 blogger yang kerap singgah diblog beliau supaya meninggalkan jejak iaitu link blog masing2...Tujuannya ialah untuk diabadikan dalam novel terbaru tulisan beliau ketika itu, "Menanti Kasih (seperti dalam gambar di atas). Jadi dengan berbesar hati kami blogger2 hijau ni pun meninggalkan jejak....berdebar2 sebenarnya


Dan bila masanya tiba..benar bagai di kata...nama blog2 kami telah diabadikan dalam novel Menanti Kasih karya Puan Norzailina Nordin.....masing2 terharu, satu penghargaan besar bagi kami blogger hijau masa tu...blog2 masakan pun turut sama ada, antaranya blog mat Tiffinbiru, blog Datin Jun, blog Chef Hanieliza, Mamafami (fotopages) dan lain2..serta seorang blogger lama, juga antara blogger terawal mat kenal blog dia, walaupun tak pernah bersua muka...tentu lah kak Jie atau Ku Jie.....watak2 dalam novel tu pun ada juga nama2 kami diguna pakai....pengsann lagi >__<..

Ini lah kenangan gambar yang mereka abadikan di rumah mat gebu, di tanah Sedenak yang penuh misteri...Blogger pertama yang menjejakkan kaki bukannya calang2 orang..betapa merendah dirinya beliau...dengan budi bahasa dan tutur kata sopan, macam mana anda lihat beliau di kaca tv, begitu juga di luar, ibarat kata orang ' Indah khabar..Indah rupa"....Terima kasih sekali lagi....

SEDAP SUNGGUH URAP BEREMI,
BILA RASA TAK NAK BERHENTI,
SALAM PERSAUDARAAN DARI KAMI,
BUAT PUAN NORZ YANG DI INGATI...