rsz_dsc_1877
Assalammualaikum, selamat pagi Sabtu semua. Ni hari mat rasa tak masak tengah hari lah, sebab pagi tadi dah masak nasi lemak. Ada yang ngeri eks, huhu, betul kan lagi bila nama dia "lemak". Seperti biasa, mat selalu masak nasi lemak guna beras basmathi. Ada pelbagai jenama beras basmathi dipasaran, ada yang harga sederhana hingga yang mahal. Terpulang ikut kemampuan anda. Pada mat beras basmathi ni memasak dia mudah, sebab sukatan dia yang selalu mat guna 1 : 1.5 iaitu 1 bahagian beras dan 1 1/2 bahagian air. Beras direndam sekurang2nya 20 minit. Nasi akan jadi panjang dan berbutir2. Tapi pastikan anda tak kareh nasi tadi banyak kali, nanti nasi akan patah2, dah jadi tak lawa. Mat cuma hidangkan dengan bahan2 yang sedia ada saja, ada sambal tumis kerang, ulam timun, tauhu goreng dan juga telur rebus. Kalau anda nak tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng pun ok, nak tambah lagi ayam goreng rempah pun boleh..nak letak rendang pun tak jadi masalah..kalau nak lagi, boleh juga letak ikan goreng. Lama2 nak makan nasi pun tatau mana nak cari dah, semua benda2 tadi dah cover the coconut rice...haha..jom lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
6 cawan santan kelapa yang segar
2 batang serai, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Hirisan tauhu goreng (optional)
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..