Cakk..selamat berpuasa, hari ke-3 sudah kan. Apa plan ni hari, nak berbuka kat mana, Hotel 5 bintang?..3 bintang, Cafe, restoran atau kat rumah.... Pada mat bulan Ramadhan, selain meningkatkan amalan ibadat, ialah masa untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga juga. Pada para isteri yang bekerja tapi ada masa memasak untuk suami dan anak2 berbuka..amat2 harus dipuji, yelah beli, beli juga kat bazar, tapi tak sikit banyak ada juga yang kita masak, takkan lah kopi atau teh pun beli juga..betul tak. Tau tak mat sejak beberapa tahun mat jadi blogger masak, mat perhatikan, kebanyakkan suami akan rasa amat bangga bila isteri mereka boleh memasak, bukan lah nak suruh masak grand ala2 masakan catering, tapi yang simple dan ringkas pun sudah memadai, apa yang utama anda harus pelajari selera suami anda dan anak2. Kami orang lelaki ni kadang2 malas nak cakap banyak, kita tak kuasa nak komen2. Pada mat jalan paling mudah, kita cer korek dari ibu mertua memasing, apa yang suami anda suka makan, ni yang baru2 kawen lah, kalau yang dah bertahun2 kawen tu, dan masih tak tatau apa suami anda suka makan..hmm masalah tu kak oiii...baik kena ambik tau atau...atau..ishh nak sebut pun tak baik, walaupun bunyinya maniss...takuttttnyaaaaaaaaaaa.....haha..
Aduhh terpanjang pulak cerita kat atas tu, ok sekarang cerita pasal entri ni pulak. Anda mesti biasakan dengan sosej roll, pernah buat?. Mat dah kerap buat sendiri, semalam ni kan mat buat untuk balas juadah berbuka, yelah budak2 kan suka, tapi pak budak pun suka juga, cuma ada yang tak berapa nak gemar makan sosej. Sepanjang mat buat apa2 benda yang ada sosej, nugget, bebola ayam, chicken meatloaf semua mat guna jenama "Ayamas", sebab hanya produk tu je yang mat rasa tak ragu2. Untuk sosej roll ni mat buat dalam 14 batang, tapi kalau anda nak roti dia tebal, boleh buat 10 sahaja...Ok kita semak resipi pulak yeaa...Jommmm..
BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)
BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej ayamas
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
Bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (mat guna susu everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pukul 1 biji telur, dan timbang 30 gram)
6 gram instant yeast (mauripan)
30 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna breadmaker guna air biasa)
BAHAN LAIN :-)
14 batang sosej ayamas
Telur untuk disapu (baki 30 gram tadi)
Bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Kemudian uli hingga mendapat doh yang elastik, lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan, uli 10 - 15 minit tanpa henti. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on"..tunggu hingga siap.
- UNTUK SOSEJ ROLL :- Sosej dicelur sekejap dalam air panas, toskan dan biar sejuk, lap kering dengan paper towel. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ratakan doh dan ratakan. Potong kepada 14 jaluran sama saiz. Ambil 1 sosej, dan lilit dengan 1 jaluran doh tadi, pastikan ianya bertindih, dan hujung doh, selitkan dibahagian bawah doh. Kemaskan san susun dalam layang pembakar. Buat hingga siap. Untuk cara melilit, anda boleh lihat di sini.....
- Sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan roti atas jaringan. Hidangkan...
17 Comments
menggelegak perut ni tgk...!!!
ReplyDeletekalau yana baca ni mesti dia akan masakkan,..hehe.
betul tu..bini tak perlu masak grand2 pun..=)
wahhhhhhhh nsb utk kanak2 punya so tak le ngences ni..hahahaha
ReplyDeleteBanyaknya menu dan cerita aku teringgal ni..huhuhu maklum le bru balik dari bercuti..huhuhuhu
apa khabar CMG????
bukan budak2 je suka
ReplyDeletemak budak pun suka
bukan kata budak2 suka che mat..
ReplyDeletemak bapak budak pun join gak ni...he..he..
yeeeaaahhhh!! sokong CMG... para isteri kena jaga perut suami kan... baru ada umphhh!!! kalau asik makan yg isteri orang lain masak apa hal... heeeee
ReplyDeletekalau saya jenama ramli je yg rasanya ok sbb bumiputra yg buat... lelain tu tak pasti la pulak.. walaupun ada tanda halal kan... hehe... takut jadi halala pulak..
ReplyDeletetp yg confirm jangan beli jenama 5 star ye... walaupun ada tanda halal tapi memang ianya tak halal... dah disahkan oleh kawan yg pernah kerja di kilangnya... manager dia org thai yg tak sensitif pasal isu halal ni..
waaaaa genbunyer roti.... suker lah
ReplyDeleteDear CMG....thanks for the kids stuff...Akbar and Firdaus is 19 n 23 ok....thats why they said U r one cool dude...coz mom always lepak at CMG blog....huya ok...have a fun fun Wenesday and have the best Iftar ever..amen.
ReplyDeleteMak budak pon suka hik3
ReplyDeleteLegaaa cikit.. bru lepas senam kui3
betul2 en asben saya dah komplen asyik mkn ikan sambal je..hehehe..dia kata cuba la buat ayam goreng..hehehe..sbnrny en asben saya dah lama tak dapat ayam kegemaran dia tu..heheheh..kesian..
ReplyDeleteTQ che mat bagi idea memasak utk hujung minggu. Harapkan hari kerja msk yg simple2 aje lah.
ReplyDeleteCM..makcik dah buat ayam pongteh CM tu semalam..walla..hehehe..kembang idung makcik yg mmg kembang semangkuk ni tepek kat page makcik..sebelum ni makcik buat lain sikit..smlm tiru resipi CM la pulok..terima kasih..
ReplyDeletepcm kilat2 je sosej tu
ReplyDeletewakaka
ps: Dengar cte sosej tak halal x? mcm2
arghhhh! melampauuuuuu entri ni!!!! gggrrr~~~ *nak sket atokkk*
ReplyDeletecantiknye roti CMG tu...bila la saya leh buat cam ni =_=
ReplyDeleteSalam Che Mat,
ReplyDeleteSaya tengah try recipe ni tapi kenapa dohnye cair? FYI, saya timbang semua bahan termasuk air dan telur. Then saya tengok recipe Bun Tuna, tpung yg dia guna 300g.Kalau tak kesulitan, bole tak Che Mat verify berapa gram tepung yg sepatutnyer.Terima kasih in advanced.
BTW, recipe tersohor Che Mat yg jadi feveret sy ialah Roti Manis ala Jepun. Siap boleh ajar orang lagi camner nak menroti.Cam terer jer..terima kasih sgt2 utk recipe tuh.
As Salam che mat...minta izin cnp resepi ni ye...kalo menjadi minta izin gak nak tayang kat blog...hehehe...mekasih che mat
ReplyDelete