P1300754
Salam petang semua, nak share lauk asam pedas ikan parang(sah boring gileerr kann) Orang Johor suka makan ikan parang, walaupun banyak tulang, ianya tetap menjadi pilihan. Dagingnya halus dan lemak. Cuma kalau nak makan perlu xtra-xtra care kata omputeh, kena dok kat lampu terang. Tulang dia berselirat. Tapi kan kalau belo sekor, ikan ni, sebelum siang tu anda pegang bahagian kepala dan ekornya dan rentap sekali, ini akan melonggar kan tulang2 dalam ikan parang tadi, jadi bila nak makan mudah lah tanggal dari isinya. Selain masak asam pedas, sedap juga di masak kicap, atau dibuat singgang. Harga dia ada sikit mahal lah, tapi nak makan sekali2 apa salahkann.Selalunya mat letak sawi jeruk. Kalau nak letak terung atau bendi pun tak de masalah. Ok jom semak resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan parang, cuci bersih dan toskan
3 kelopak sawi jeruk, potong dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus dan halia titik hingga harum, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit, tumis dengan api sederhana hingga garing. Tuang air secukupnya (jangan banyak2, nanti tak pekat), kacau dan masukkan jus asam jawa. Biar mendidih.
  2. Masukkan sawi jeruk dan ikan tadi, masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan semasa berbuka puasa. Hmmmm..