P1250613
Morning semua, haha bahasa blog aku rojak?...tak pentingkan bahasa yang standard?...tak cintai bahasa Malaysia, lagi apa eks, haa melayu derhaka?...what the hell...tak suka pi kat kanan atas sekali ada tanda "X", sila klik yeaa...takkan tu pun tatau, ini blog sapa punya?...bukan ahmad albab yang punya, bukan ahmad jais yang punya (artis feberet nihh) atau ahmad nawab yang punya..ini Ah Mat Gebu yang punya (sementara allah bagi pinjam "nyawa" nikan, kira aku punya lahh). Ok malas nak cita, buat sakit organ dalaman aku jee.. Pagi ni laksanakan satu benda yang dah mat angan2 nak buat sejak 2 hari lepas..Iaitu "hash brown"....Tu hari nampak Puan Fauziah Abdul Samad @ Kak Jee, kat sini.. buat, terkesima pakcik mat melihatnyaa..tergoda teruss, yelah aku ni kan lemah semangat, kalau orang goda2 jee cair...meleleh - lelehhh!!...haha,

P1250614
Jadi mat pun pagi tadi buat lah, hmm guna non-stick pan comey aku tu, dapat lah dalam 3 keping, yang sederhana tebal. Kentang pun saiz tak berapa nak besar. Mat guna minyak zaitun untuk memasaknya dan yang lain2 sama macam resipi kak jee. Lepas tu baca kat blog kak jee, bahan sampingan kalau nak makan benda ala ni, antaranya sosej, scramble egg, bake beans dan roti bakar (cuma roti je aku tak de)..Mat gebu buat seperti yang disaranpan, yelah kang aku letak togel jee kat blog, mula lah sok-sek kata...pstt habis idea lah tu, macam tak bermaya jee gambar...kannnnnn....uikk sentap ke, Allah gurau jeee, jangan marah, nanti cepat tua...tapikan kalau lalat selalu singgah blog kita, kita pun cepat tua...nasib baik muka aku tegang lagi...biasa lah "mat gebu kan makan tempe"...bukan pi "cucuk"...okeyy..

BAHAN-BAHANYA :-)
3 biji kentang (mat guna kentang kaler putih, kandungan kaji tinggi)
1/2 biji bawang holland, cincang
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit mentega untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

BAHAN LAIN :-)
Telur hancur (scramble egg)
Sosej, samada dicelur atau dipanggang
Bake beans, secukupnya
Roti sandwich, jika suka (tak letak sebab tak de)
Sos kegemaran (tak letak sebab dah makan dengan bake beans)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dikupas, cuci, lap kering dan sagat, kemudian letak atas kitchen towel bersih, biar air kentang terserap. Masukkan dalam bekas, satukan bawang, lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak dan dot kan sedikit butter, ratakan. Sendukkan campuran kentang tadi, yang ni agak2 lah. Masak dengan api sederhana hingga garing, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga keperangan. Alih dalam pinggan, buat hingga siap.
  3. Susun dalam pinggan sesuai dan letakkan bahan sampingan seperti dalam gambar di atas. Hidangkan sebagai sarapan pagi...Selamat mencuba..
CATATAN MAT GEBU :- Nak senang, guna kuali non-stick jenis besar dan lagi mudah untuk diterbalikkan, tapi memang kena berhati2, sebab ianya mudah pecah.....