P1250321
Malam semua, buat apa tu?...Hmm mat gebu biasa2 jee, ntah macam boring sikit2. Kepala pun pening jee tu nasib baik aku tak pengsan. Anak buah mat ada sorang kat rumah ni, biasa lah sekolah zaman sekarang, cuti2 pun depa ada tuisyen bagai kan. Jadi atas permintaan mat buat alh french loaf sandwich, tapi guna daging burger Ramly saja. Sebenarnya dia nak burger tapi pak usu tak dann lah nak buat roti burger bagai, yang aku pun punya lah bingai semalam boleh tak beli roti burger kat Tesco...Tapi frech loaf ni pun ok gak, sedapp...

Ok yea mat nak war-war kan blogger "Cik Min" ada membuat GiveAway sempena setahun usia blog beliau..hmm nak tau tak apa hadiah dia..nak tak?...kena lah usha2 ke blog Cik Min
di sini.. Dan seperti biasa mat akan selitkan satu lagi blog, kira promosi terakhir malam ni lah. Kita lihat blog siapa lah agaknya kan.....

Kali ni kita tinjau blog N-I-R (dot) Com milik "Siti Norfa Liana"...hmm kalau mat cerita nanti tak bess, maklumlah aku ni kan jenis tak pandai nak cerita2, jadi anda nilaikan sendiri yeaa, untuk ke blog Norfa...

Kita semak pulak resipi paling senang didunia nih...hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 batang french loaf (beli yang dah siap kat Tesco)
2 keping daging burger ayam
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukup
Daun salad secukupnya
Sos pilihan anda
Sedikit mentega untuk disapu pada roti (optional)
4 batang lidi sate yang bersih.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak daging burger seperti biasa, kemudia belah dua, supaya jadi nipis, kemudian kerat dua setiap 1 keping daging. ketepikan. French loaf dibelah dua, sapu dengan sedikit mentega dan panggang atas kuali sekejap sehingga keperangan.
  2. Ambil bahagian bawah roti, susun daun salad, timun, tomato dan juga daging burger tadi secara bertindih2, paipkan dengan sos pilihan anda. Tindihkan dengan satu lagi roti. Tekan sedikit.
  3. Guna lidi sate yang bersih, cucuk dalam 4 bahagian atas roti tadi secara berderet hingga tembus. Tujuannya, bila kita potong nanti, daging dia tak beralih2, dok diam macam tu siaa...