P1250013
Assalammualaikum, salam Khamis semua?..Anda semua sihat?. Bagi yang tak berapa sihat tu jangan lupa berjumpa doktor. Hari ni mat gebu biasa2 saja, perasaan pun tak de lah gembira sangat atau berduka cita, hanya pada tahap normal. Anda semua dah bersarapan?. Pagi ni mat goreng spaghetti saja, tapi jenis halus2 tu, apa orang gelar..hmm angel hair eks, ha ye lahh. Pada mat kan, spaghetti angel hari ni kalau kita masak ala2 melayu atau asia, rasa dia sedap dan seakan2 mee hoon jenis kasar. Mat goreng tak delah banyak, dalam 200 gram macam tu, tapi bila dah masak jadi banyak juga, boleh makan dalam 4 orang lebih kurang...

P1250014
Seperti biasa, mat kalau masak, ikut apa yang ada dalam peti sejuk, takde bahan2 yang khusus, terutama dari segi bahan perencah dan sayur, cuma pastikan lah tidak melampaui batas. Kali ni mat cuma letak udang dan crabstick saja dan ada lah baki2 sayur dalam peti sejuk. Habis mat masukkan sekali. Mat rasa lah kan, spaghetti angel hair ni kalau masak ala2 mee berkuah pun sedap, nanti nak cuba bikin lah...Sebelum mat terlupa, hari ni 13 hb January, mat nak ucapkan selamat hari lahir padaaa...........

(Gambar Ihsan: Google)

Kak CT Zaleha atau lebih dikenali dengan panggilan "Kak CT" dikalangan blogger2, blog beliau di sini... DTS - Mat Gebu mendoakan moga kak CT panjang usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat kelak...aminn. Dan harapan kami moga kak ct terus berblog dengan n3-n3 yang lebih mantap dan berilmiah....Terima kasih atas kesudian kak ct singgah ke pondok mat gebu tempoh hari..minta maaf jika ada yang terkurang...

OK...selesai ucapan hari lahir, kita lihat pulak resipi mudah yang mat gebu masak pagi tadi...layannnn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hair
4 batang crab stick, dikerat 4 setiap satu
1/3 cawan isi udang
1 genggam hirisan kobis
4 keping cendawan shitake segar, cuci dan hiris nipis
1 camca besar penuh cili kisar
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 helai bau leaf
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato merah*(*dikisar halus)
Minyak zaitun untuk menumis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Crabstick dikerat 4 setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan bay leaf dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Tambah kiub ayam, kacau dan masukkan udang dan cendawan serta sos tiram, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap.
  3. Masukkan spaghetti tadi dan gual rata. Tambah kobis dan kacau hingga mesra. Biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah, dauh bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...