P1240941
Assalammualaikum, perghhh!!, baru saja siap settlekan keje2 semua, maka ada sedikit masa sebelum mata layu ku lena dibuai mimpi, mat nak letak satu N3, tapi dua cerita. Hari ni kan hari lahir mat gebu yang ke 25 + 10 kannn, jadi mat menerima kunjungan sahabat2 blogger.. Ianya berlaku 2 sessi siang tadi..Ok yang tu kita cita kemudian yea. Anda perasan tak gambar atas tu, nampak comey tak kek mat gebu, dan satu lagi "watermark" tu, mat suka banget, terima kasih pada Jiya Si Pengembala Kambeng, kerana menghadiahkan mat gebu watermark comey tuu, i likeee!!. Yang tu saja yang dapat mat buat untuk tetamu blogger sessi pertama. Di sebabkan keadaan bertukar pada saat2 akhir, makanya mat hanya dapat menyiapkan kek ringkas. Di samping tu mat ada juga jamu mereka nasi ayam. Tang nasi ayam tu tak payah leh letak resipi sebab yang biasa2 saja...pstt kek tu kan mat guna tepung optima atau tepung kek segera saja...Dikesempatan ini mat juga ingin mengucap jutaan terima kasih atas komen2 membina anda di N3 hari lahir mat gebu...

Amacam bersinar2 tak segala khazanah mat gebu, baru siap2 cuci dan kasi kering sebelum proses mengelap berjalan esok hari. Bebalik pada cerita pasal teman2 blogger yang hadir ke pondok mat gebu siang tadi. Sesi pertama didahului dengan Ayu- blog Citarasa Rinduan, Cikgu Azaref- blog Hijarh, Kak Ct Zaleha - blog Lesung Batu, Siti Hajar Miswan - blog Love Pink And Ribbon (anak kak Ct) dan juga Ayie - blog Blog-Ayie..hmm Ayie datang last, duduk pun sekejap jee...huhu. Ok untuk sesi kedua, kali ni petang, mat menerima kehadiran teman2 blogger, Sis_linn - blog Bisikan Hati dan juga En. Azman - blog Kasawari. Terima kasih mat ucap kan pada mereka2 semua....pstt dah tua2 pun aku dapat hadiah koo, aduh segan pakcik, nasib baik depa tak buat seperiseee..kalau tak, masing2 duduk luar pagar, mat gebu kan tak suka seperisee.. Ok semua dah berehh, jadi kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour, boleh beli dikedai baking)
3 biji telur gred "B"
50 ml susu segar
50 gram mentega, dicair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
Buah Strawberry untuk hiasan
Piping jelly secukupnya + sedikit kaler merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung optima, telur dan susu dalam mangkuk adunan, putar perlahan hingga semua bergaul, kemudian terus tukar kepada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  2. Tuang mentega cair dan esen vanilla, putar perlahan hingga sebati. Ambik 1/3 adunan tadi dan tambah coklat emulco, kacau rata.
  3. Sediakan loyang berukuran 12 inci x 12 inci x 1 inci. Alas dengan kertas minyak, sapu mentega pada kertas minyak tadi. Tuang adunan plain dan ratakan, Sudukan beberapa tompok kaler coklat tadi dan lorekkan mengguna chopstick.
  4. Bakat dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C. bakar selama 25 - 30 minit. Sejukkan dan poting saiz 4 segi sama Hias dengan strawberry dan paipkan sedikit piping jelly + kaler merah tadi. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba..